” Oit perempuan, hang make up macam TA1K. Muka tak elok pun.. ” – Mua Bellaz

Kongsi Gambar Banglo Mewah Miliknya, Kisah Di Sebalik Kejayaan Mua Bellaz Menjadi Inspirasi Ramai Orang. Wah, Besar Sungguh Rumah !!

Siapa tidak kenal dengan jurusolek yang semakin popular ini. Mua Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini kini sedang hamil anak ketiga. Beliau sudah mempunyai dua orang anak sebelum ini yang berusia 7 tahun dan 3 tahun.

Tahun 2020 ini merupakan rezeki berganda buat Bellaz kerana rumah banglo idaman beliau juga hampir siap. Bellaz turut berkongsi gambar banglo miliknya di laman Instagram miliknya. Banglo tersebut mempunyai 8 buah bilik, 4 buah bilik air dan 2 ruang tamu.

Menurut Bellaz, bukan mudah buat beliau untuk mengecapi kejayaan sehingga ke tahap ini. Pada awalnya beliau menerima pelbagai kec4man hebat daripada ramai pihak kerana beliau tidak mempunyai ilmu dalam teknik asas solekan.

Namun perkara itu tidak memat4hkan semangat beliau untuk terus berjaya. Hasil daripada titik peluh beliau, maka Bellaz berjaya memiliki rumah idaman. Malah gaya solekan beliau kini sering mendapat pujian ramai. Hasil kerjanya sentiasa menjadi reb0tan terutama sekali bakal pengantin-pengantin baru.

Jom kita baca perkongsian Bellaz di bawah :

View this post on Instagram

Rezeki Allah tu luas.. Percayalah Siapa sngka.. Dlu sy dihina.. Oii pompuan hg makeup mcm TAIK… muka xelok pon Pulun make-up sdgkan xdk ilmu makeup Mcm² viral sy sini.. Sy diam sedikit pon xdk maki3 atau apa.. Sbb sy percaya rezeki kita Allah yg punya dia lah nk bg dialah nk tarik.. Redha doa sabar banyak2..skrg sy cua buktikan.. Sy pon nk berjya mcm org lain.. ..haih nk tuliss tkut pjnga sgt hehe. Smpai lani pom masih ada yg xsnng tgk kita.. Alahaii… Weyy tak sabaq laaa nak masuk ke rumah titik peluh sendiri ni… Ya Allah.. Insyallah tgh dipercptkan siap sebelum bersalin nk siap hehhe…rumah ni lain maciam sikit sbb kami buat sikit2 start beli tanah smpai sedebukk (sebijik) ni nk buat.. Yg lain byk beli kami buat homestay… Yg ni kami rasa paling xsbaq nk duduk.. Sbb ada 8bilik 4bilik air. 2 ruang tamu Dapur kering, dapur basah besar bg kami…. Insyallah nk buat kolam dkt budak3 tu hehhe.. Tpi size sedrhana jaa.. Skrg tgh naik pagar umah.. Ishh xsbaq aihh.. Kami doakan hampaa dimurahkan rezeki berjya dunia akhirat.. Menjdi org yg baik untuk smua org.. Aminn

A post shared by MUABELLAZ (@muabellaz) on

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Bellaz atas kejayaan yang dikecapinya. Antara komen-komen mereka :

” Tuah ayam nampak d kaki tuah mnusia xsiape tahu tahniah bella, murah rezeki Allahu.. “

” Alhamdulillah bellaz… doakan kami sama naa.. “

” Aamiin.. tahniah atas kejayaan… semoga menjadi sumber inspirasi buat kami.. “

” Aamiin. tahniaaah bellaaazz.. syioq tgk ampa dulu sekarang dan selamanya. chewaah.. heheh.. “

Lawanya bella umah tu… moga dipermudahkan.. “

” Syukur atas nikmatnya…… siap jmput mkcik tau bellax.. “

” Alhamdulillah,suke tgk Bella…. Biaq pi la depa nk kata apa,let it go… Semoga Bella trs sukses.. “

Wah, siapa tidak sabarkan untuk berpindah ke rumah baru. Tahniah kami ucapkan kepada Bellaz atas kejayaan yang dikecapi kini. Setiap usaha yang keras pasti akan membuahkan hasil. Semoga segala urusan Bellaz dipermudahkan termasuk juga urusan untuk melahirkan cahaya mata ketiga. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mua Bellaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..