” Ni baru betul kampung people.. “

Elly Mazlein K0ngsi Gambar Bersama Keluarga Mertua, Buatkan Netizen Turut Sama Gembira. Alhamdulillah, Kak Lina Dah Ada Keluarga Besar. Yeayyyyyy !!ย 

Elly Mazlein baru-baru ini telah berkongsi gambar semasa majlis sambut menantu yang diadakan di kampung suaminya di Kuala Krai, Kelantan. Sebelum ini, pelakon dan penyanyi popular Elly Mazlein telah sah menjadi isteri kepada Cikgu Azlan, seorang jejaka yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan dengan sekali lafaz.

Menyarung busana serba putih dari Adam R Lamaison, Elly Mazlein kelihatan sangat manis bertudung. Anaknya, Putri Sara Sefhia turut kelihatan sedondon di atas pelamin.ย Pelakon yang popular dengan drama Kampung People ini turut meluahkan terima kasih kepada keluarga mertua kerana menerima diri seadanya. Elly turut mengaku terasa diri sangat disayangi.

Selebriti serba boleh itu yang memiliki nama sebenar Syarifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah lama berstatus ibu tunggal selepas berp1sah dengan bek4s suaminya pada tahun 2015. Elly Mazlein dan bek4s suaminya, Azmi Hatta telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Sefhia hasil perkahwinan mereka selama 11 bulan.

Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram, Elly Mazlein telah berkongsi pula gambar bersama keluarga besar mertuanya pada majlis sambut menantu baru-baru ini di Kelantan. Nampak sinar kebahagiaan yang terserlah di wajah Elly bersama keluarga besarnya itu.

Ikuti perkongsian Elly Mazlein tersebut di bawah :

” Ni lah keluarga Mertua kakak Lina.. Ayah, Ma & Ipar Duai.. Alhamdulillah kakak lina da ade kluarga besar yeayyyyyy..ย  Alhamdulillah .. “

Rata-rata peminat turut gembira dengan gambar yang telah dikongsikan oleh Elly Mazlein itu. Peminat juga turut mendoakan semoga Elly Mazlein bersama suami kekal bahagia. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Seronoknya keluarga besar .. “

” Ni br betol kg people .. “

” Tumpang gembira.. Bestnya.. Alhamdulillah.. “

” Alhamdulillah. Moga bahagia selalu kaklina.. “

” Alhamdulillah..Tahniah kak Lina… Selamat bercinta hingga ke syurga.. “

” Moga bahagia mengiringi perjalanan umahtgga kepom dan suami.. “

” Alhamdulillah semoga berbahagia till jannnah kak Lina.. Happy family.. “

Wahh !! Meriahnya tengok keluarga baru Kak Lina. Tumpang gembira melihat Kak Lina kini bahagia dengan kehidupan baru beliau. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga ikatan perkahwinan yang dibina kali ini akan kekal hingga ke syurga dan semoga Kak Lina dimurahkan rezeki selalu. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Elly Mazlein by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..