” Nay4 member, sampai ternganga mulut tengok. Siap telan air liur, haha.. ” – Netizen
Video Anak Bongsu MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa Terliur Melihat Ibunya Sedang Makan Buat Ramai Terhibur. Alahai Sabar Lah Lofa, Awak Baby Tak Boleh Makan Makanan Macam Tu Lagi, Hehe !!
Beberapa bulan lalu, jurusolek popular, MUA Bellaz atau nama sebenarnya, Nur Nabila Zulyadaini telah berkongsi berita gembira yang dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata keempat yang merupakan seorang bayi perempuan.
Malah menerusi hantaran lain, Bellaz juga memuatnaik gambar untuk tatapan umum dan memaklumkan telah memilih nama Nur Aisywara Nealofa untuk anak bongsunya itu. Kini, usia si kecil tersebut telah memasuki 3 bulan.
Terbaru, Bellaz berkongsi satu video yang memaparkan gelagat Aisywara ketika melihat Bellaz sedang menjamu selera. Dalam video itu, Bellaz sedang berada di sebuah restoran dan menikmati sepinggan spaghetti.
Ketika Bellaz sedang makan, Aisywara tidak berkelip mata melihat spaghetti yang masuk ke dalam mulut ibunya. Bukan itu sahaja, sampai ternganga mulut si comel ini melihat makanan tersebut.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat gelagat comel Aisywara dan mereka juga memuji kecomelannya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nay4 member, sampai ternganga mulut tengok, siap telan air liur, haha. Ishh ger4m lah tengok mek lofa ni, dah macam anak patung.. “
” Gaya tu memang terliur betul tengok mama dia makan, hahaha comel lah Aisywara ni. Kejap dah besar dia.. “
” Hahaha kes1an member kat sebelah telan air liur je, nak makan gigi pun tak ada lagi, haha sabar kejap ya.. “
” Member comey sebelah dh start mengumit-gumit bibiq dahh tengok makanan. Comel lah Lofa ni, pipi pau.. “
” Tunggu sat dia kata, nanti dia besaq dia makan byak2, hahaha mama tak bagi sangat kan, smpai telan air liur tengok spaghetti.. “
” Hahahah kes1an lah dia, smpai nganga mulut tengok spaghetti masuk mulut orang lain, msti dia ingt nk suap dkt dia, haha.. “
” Pandainyaa dia tgk mummy suap makanan tu, haha rasa mcm kecik lagi tapi dah cerdik lah lah.. “
Alahai comel betul lah anak Bellaz ni, dah macam anak patung, patut lah ramai yang ger4m melihatnya. Apa-apa pun semoga Aisywara terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG muabellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..