” Nasib tak bersembur milo tarik aku. Krem perut weiii. Bell sebijik Khai Bahar.. “

Video Parodi Muzik Video Lagu Khai Bahar Dan Siti Nordiana, Satukan Cinta Oleh Bell Ngasri Dan Jihan Muse Buat Ramai Yang Terhibur. Memang Menjadi, Sebijik Dibik !!

Nama pelakon dan pelawak Jihan Muse dan juga Bell Ngasri memang sudah sinonim dan tidak dapat dipisahkan lagi dengan watak dalam video parodi. Gandingan mantap dua selebriti ini di Parodi MeleT0P membuatkan ramai yang terhibur dengan gelagat dan aksi mereka.

Penampilan, gaya percakapan dan aksi meniru gaya artis lain yang sangat menjadi membuatkan ramai yang bergelak ketawa menonton aksi mereka berdua. Aksi mereka yang kelihatan santai dan sangat bersahaja dengan cara lawak dan komedi yang tersendiri mencuit hati orang ramai untuk menonton rancangan MeleTOP.

Baru-baru ini penyanyi Khai Bahar dan Siti Nordiana telah melancarkan lagu dan muzik video duet terbaru mereka yang berjudul Satukan Rasa. Sehingga kini setelah 1 minggu dimuatnaik ke Youtube, video muzik Satukan Rasa telah menjadi trending dan ditonton sebanyak hampir 2 juta kali.

Menerusi MeleTOP minggu ini, Jihan dan Bell sekali lagi ditugaskan untuk menjayakan segmen parodi. Kali ini mereka berdua memparodikan watak penyanyi Khai Bahar dan Siti Nordiana dalam muzik video terbaru mereka untuk lagu duet Satukan Rasa.

Dalam video ini, Bell dan Jihan bermula dengan bergambar untuk countdown sebelum lagu dilancarkan seperti di Instagram Khai Bahar.

Bell dan Jihan juga turut mengenakan sut berwarna coklat seperti Khai dan Nana dalam muzik video asal.

Khai Bahar dan Bell..

Siti Nordiana dan Jihan Muse..

Apa yang menariknya, mimik muka mereka yang menjiwa watak masing-masing sangat mencuit hati. Alahai memang tak pernah kelakarlah Bell dan Jihan ni, tak pernah mengecew4kan. Memang menjadi, sebijik orang kata.

Rata-rata netizen terhibur dengan lakonan Jihan dan Bell dalam video parodi muzik video Satukan Rasa. Antara komen-komen netizen :

” Hahahaha.. Okay.. Nie win.. Siap terbang dibawa belon lg.. Hahaha.. Jihan mmg x pernah mengecewakan.. Teringat pula gambar2 kat IG yg KBE edit sambil countdown.. “

” Si khai dgn jihan tu dema share2 bju ke.. sama jah bju 2 tu.. hahahaa.. “

” Nsib tk brsembur milo tarik aku… jup4ke btul jihan ngn bell ni.. “

” Krem perut Weiii.. king n queen parodi hahaha.. terbaikkkk.. BTW.. jihan tetap santik..”

” Kalau lip sync jihan muse tak pernah dikecewakan . kalau masuk i can see your voice malaysia meme win la RM3000 tu hahahaahahaa.. “‘

” Hahahahahahahahaaa.. krem perut kite gelak tau tngok dua org ni.. bell dgn kakjihan xprnh mengecewakan.. “‘

” Bell sebijik khai bahar…. haha…. “‘

” Aku x blh tgk la muka si bell ni automatik msti nk terrgelak… walaupn kkdg melakonkn watak serius ttap rsa kelakar.. “

” Bell kalau buat muka serius mmg xleh la bell.. tetap lawak.. hahhaha.. “

Memang bakat Bell dan Jihan tidak boleh dinafikn lagi. Memang menjadi dan sangat mencuit hati. Terbaik lah. Kami di Berita Kopak mendoa semoga Bell dan Jihan terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Teruskan mencerikan dan mewarnai hari-hari kami dengan karya-karya terbaik anda berdua.

Jom tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube MeleTOP by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..