” Nangis aku tengok ni tadi wehhh… ” – Babak Ustaz Hamadi Halau Ibu Mertuanya Buat Ramai Yang Mengalir Air Mata

Noorkhiriah Dedah Menangis Betul-Betul Masa Berlakon Babak Ini !!

Malam ini merupakan episod terakhir Drama Nur 2 akan ditayangkan di kaca televisyen rumah anda menerusi slot Samarinda di TV3. Drama yang menjadi trending dan perbualan ramai ini mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton menghayatinya dengan pelbagai em0si.

Drama Nur 2 masih mengekalkan penampilan pelakon asalnya seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Raja Atiq, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah dan Azhan Rani. Watak baru sebagai Juita diberikan kepada Azar Azmi serta turut menyaksikan penampilan khas Riena Diana, Mathni Razak, Helmi Moin, Kuna dan Zaidi Omar.

Drama Nur 2 kembali dengan jalan cerita yang lebih mendebarkan sehingga membuatkan penonton tidak sabar untuk mengetahui pengakhiran ceritanya. Lebih-lebih lagi apa yang akan terjadi pada 5 watak utama ini, Ustaz Adam lakonan Syafiq Kyle yang baru saja memenangi 3 anugerah di Anugerah MeleT0P Era baru-baru ini.

Begitu juga dengan watak Nur lakonan Amyra Rosli dan juga Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani yang semakin meningkat namanya, watak Ecah atau Aishah seorang isteri yang sangat setia terhadap suaminya yang dilakonkan oleh Noorkhiriah dan juga watak Juita, lakonan Azar Azmi.

Menerusi akaun Instagram, Noorkhiriah berkongsi babak semasa Ustaz Hamadi menghalau ibu mertuanya yang dilakonkan oleh Fatimah Abu Bakar.

Babak ini membuatkan penonton mengalir air mata apabila melihat seorang ibu yang cuba mempertahankan anaknya daripada seorang suami yang durj4na.

Baca perkongsian Noorkhiriah di bawah :

” Tak tertahan airmata masa wat sc ni.. membayangkan andai benar terjadi… tqsm @azhan_rani.. betui2 terasa seks4nya Ecah.. “

” Dan opkoz Ibu Hajjah @fatimahabukar .. terasa betul s4kitnya bila anak diperlakukan camtu.. “

” Seyes mmg nangis sungguh sc ni… bderai airmata.. nasib berlakon je tapi makin lama akak dah makin sayang dengan Ecah.. “

” Sebab akak tau kat luar sana ramai yang senasib dgn Ecah… baik ngaku… Luv abam @budakijat.. “

” Nasi dah jadi bubur Cah.. “

Babak Puan Hajah yang diheret keluar rumah oleh menantunya, Ustaz Hamadi dalam sedutan episod 14 yang dikongsikan oleh pengarah Drama Nur 2, Shahrul Ezad :

” Yeehaaa… Today breakfast is… “

View this post on Instagram

Yeehaaa… Today breakfast is…

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Rata-rata penonton sangat sebak menyaksikan babak yang sangat menyedihkan ini. Antara komen-komen penonton :

” Nangis aku tengok ni tadi wehhh. kesian mummy Fati.. “

” 1 benda yg harus dipelajari oleh perempuan di luar sana, jgn buat keputusan melulu dalam memilih suami utk dijadikan pasangan hidup. Lelaki mcm ni mmg banyak di luar sana. Jgn pernah membelakangi keluarga dlm soal mcm ni. Tolong… tolong jdkn drama nur ni sebagai iktibar… bak kata pepatah, ses4l dahulu pendapatan… ses4l kemudian tidak berguna lagi… Allah… andai boleh diundurkan masa.. “

” Tahniah, korang berdua kerana berjaya membawa watak Ecah dan Madi. Moga cerita ni memberi pengajaran dan keinsafan kpd kita semua.. “

” Scene ni buat kita banj1r jugak… Malam ni byk scene buat kita.. Scene nur dgn adam nangis pon semua banj1rr.. “

” Memang rase nak hemp0k2 campakkan kebawah mahadi ni!!! mengalir air mata ni bila melihat ibu hajjah dgn ecah… di tambah pulak macam rencah hanggit cili api masok ke mata… bila nur bagitahu pada ibu bapa adam kena tangkap.. aduiiiisss… merem4ng2… kurang hajar juwita !! tahniah para pelakon… terserlah terlihat semua serba serbi menjadi.. “

” The moment ibu hajah buka tangan nak peluk anak yg dia lahirkan besarkan, blh nampak body language seorang mak yg merayu anak kembali ke pelukan nya.. Nak menyelamatkan anak dia dari neraka suami.. pec4h terus empangan mata ni.. “

Kini Drama Nur 2 hanya berbaki 1 episod sahaja lagi pada malam ini. Apa-apa pun yang naik kita ambil sebagai pengajaran dan yang tidak baik jadikan sebagai sempadan. Cuba pahamkan maksud serta mesej yang tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan dalam Drama Nur 2 ini.

Kepada semua pelakon dan krew yang terlibat dengan Drama Nur 2, anda telah melakukan tugas anda dengan sebaik mungkin. Seterusnya terpulanglah kepada penonton untuk menilainya. Yang penting, mesej yang ingin disampaikan itu sampai ke hati penonton. Syabas semuanya !!

Silakan SHARE..

Sumber : Noorkhiriah, Shahrul Ezad by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..