” Nampak sebijik sama macam muka Bella Astillah.. “

Video Lama Dato’ Siti Nurhaliza Menyanyi Lagu Cindai. Peminat Cakap Muka Tokti Macam Muka Bella Astillah. Alahai Kudusnya Muka Tokti Masa Ni !!

Siapa yang tidak kenal penyanyi tersohor tanah air yang juga merupakan pelantun lagu Anta Permana iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Dato’ Siti bukan sahaja dikenali oleh anak muda, malah hampir semua golongan lapisan masyarakat dari pelbagai bangsa meminati beliau.

Mempunyai aura yang tersendiri dan keperibadian yang baik membuatkan ibu kepada Siti Aafiyah ini disenangi dan disayangi ramai. Kemerduan suaranya membuatkan ramai yang terbuai-buai dengan nyanyiannya. Malah banyak golongan artis yang menjadikannya idola dalam bidang nyanyian.

Apa yang menariknya, Dato’ Siti masih mengekalkan popularitinya walaupun sudah lama berada dalam bidang seni dan kehadiran artis baru tidak sesekali membuatkan namanya tenggel4m dalam bidang seni. Bukan senang nak kekal lama dan terus bertahan dalam karier nyanyian seperti Dato’ Siti ini.

Menerusi akaun Instagram seorang yang bernama Mohd Ezwan Roslan, beliau berkongsi video lama Dato’ Siti ditemubual dan menyanyikan lagi Cindai. Video ini mencur1 perhatian ramai yang memuji Dato’ Siti yang dilihat sangat comel dan berwajah kudus pada ketika itu.

Jom tonton video di bawah :

” Rakaman sewaktu @ctdk menjalankan sesi #Mv Album #cindai di beberapa buah negeri termasuk N9, NPahang dan Malaka. Terima lah #CindaiVersiOriginal.. “

Rata-rata netizen mengatakan wajah Dato’ Siti mirip wajah Bella Astillah dalam video itu. Antara komen-komen netizen :

” Awat semirip Bella Astilah ni. “

” Nampak sbijik macam @bellaastillah.. “

” Cantik dia masa ni. Lagi suka dia yang dulu.. “

” Siti nyanyi pun malu2 lagi masa ni. Masa ni memang natural beauty. Make up biasa, no shading no contact lens, no fake eyelashes.. “

” Dulu tak pandai bercakap, sekarang ni wowwwww.. “

” Bella Astillah yang macam siti, bykan sebaliknya ok.. “

” Alahai comelnyaaaa, macam muka Bella Astillah bah.. “

” First pandang ingat Bella, lepas tu baru baca caption.. “

” Macam Bella Astillah muda muda muka tokti nie.. “

” Naifnya masa ni.. sekarang wowwwww sangat.. “

Alahai comel sangat Tokti masa dulu-dulu kan. Kudus je wajahnya, nampak macam innocent sangat. Tapi sekarang pun Dato’ Siti tetap cantik dan bertambah elegant. Terima kasih Saudara Ezwan berkongsi video ini, boleh lah peminat Dato’ Siti throwback Video nyanyian Dato’ Siti dulu-dulu kan.

Korang rasa ada macam muka Bella Astillah tak ?

Silakan SHARE.

Sumber : IG Mohd Ezwan Roslan, Dato’ Siti Nurhaliza, Bella Astillah

by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..