” Nampak kemas, mahal dan exclusive gitu. Kalau kami auto muka pergi pasar.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Ummi Nazeera Menghadiri Sebuah Event Raih Perhatian Warganet. Eh Betul Ke Tudung Sauk Tu Ummi, Pandai Betul Ummi Gayakan. Nampak Cantik Sungguh. Siap Ada Yang Minta Tutorial Cara Pakai Tudung Sauk Macam Tu !!
Meninjau akaun Instagram pelakon wanita berbakat besar, Ummi Nazeera, telahpun dikongsikan beberapa keping gambar dan sebuah video yang memaparkan Ummi menghadiri event Bcl Lead Award bersama suaminya, Dr Izzar Anwari.
Ummi yang tampil cantik dalam busana berwarna lembut ini kelihatan begitu menawan. Kata Ummi, ini kali pertama dia menghadiri event dengan memakai tudung sauk sebegini dan dia berasa sangat selesa.
Melihat kepada gaya Ummi ini, ramai yang tidak menyangka itu adalah tudung sauk. Biasanya kalau tudung jenis sarung ini dikatakan nampak seperti ala-ala makcik hendak ke pasar sahaja tetapi jika pandai digayakan, boleh membuatkan seseorang nampak cantik dan elegant.
Ummi sememangnya pandai berfesyen dan seringkali tampil dengan fesyen yang kemas dan menutup aurat. Ada juga yang memuji Ummi, walaupun tudungnya singkat tetap Ummi bijak dalam pemilihan bajunya.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian oleh Ummi ini telahpun meraih perhatian daripada warganet. Pujian diberikan kepada aktress ini dan antara komen-komen mereka :
” Cantikkk pakai tudung saukkk… i also got this colour. Jat0h cinta betul tengok ummi ni.. “
” Lawanye ummi, adore sangat. Pakai tudung souk je pegi event pun tetap nampak gojesss.. “
” Dia ummi azzera. Tudung sauk nampak mahal & cantik. Klu aku pakai, kata laki aku, mcm makcik cleaner. Aku bertabah je la.. “
” Masalahnyaa pakai tudung sauk pun nampak mahall sis. cantikk adore g1laaaaaaa. klau kami ni mmg auto muka pergi pasar.. “
” Cntik sgt awk tau jga aurat wlupun tdung senteng n msih dpt ttup aurat dada.. Bguslh awk.. Moga terus istiqomah.. “
” Laaaa tudung sauk ke sis umminazeera ? tak de ghupe tudung sauk pun.. nnt buat tutorial please.. “
” Tudung sauk but when ummi yg pakai is like sauk another level, looks sooooo EXCLUSIVE. Boleh buat tutorial pakai tudung sauk tu, nampak kemas, gojes, nampak mahal, nampak exclusive gitu.. “
Kalau orangnya sudah sedia cantik, pakailah apa pun pasti menyerlah. Tapi pandai betul Ummi menggayakan tudung sebegini. Ramai yang minta tutorial tudung tu Ummi. Bolehlah next posting kongsi tutorial ye.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ummi Nazeera
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..