” Nampak besar dah perut, comel je.. “

Eyra Hazali Kongsi Gambar ‘ Baby Bump ‘ Buat Ramai Tertanya-Tanya Usia Kandungannya. Berseri Sungguh Ibu Mengandung !!

Hazirah Qasdina Hazali atau lebih dikenali sebagai Eyra Hazali merupakan seorang pelakon dan model. Beliau memulakan kerjaya lakonan sejak kecil lagi. Beliau pernah menerima anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2010 menerusi telefilem Anak-Anak Lorong.

Eyra telah mendirikan rumahtangga dengan seorang penjaga gol dan pemain bola sepak bernama Haziq Nadzli pada 1 November 2019. Setelah tiga bulan berkahwin, pasangan ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata melalui video surprise yang dikongsikan di akaun Instagram.

Menurut Eyra, beliau mengalami al4han yang ter0k menyebabkan beliau terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon, undangan majlis dan juga mesyuarat. Beliau berharap semua pihak memahami tahap kesihatan beliau memandang ini merupakan kandungan pertama.

Menerusi akaun Instagram, sekeping gambar Eyra telah dikongsikan di mana perutnya sudah semakin kelihatan. Umum mengetahui bahawa Eyra kini sudah berbadan dua dan dijangka akan menimang cahaya mata sulung pada Ogos ini.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Eyra. Antara komen-komen mereka :

” Nampak besar perut kak.. “

” Cantiknya mummy to be.. “

” Nampak besar la.. Berapa bulan? “

” Nampak dah baby bump Eyra.. Tahniah.. “

” Wah, patut lah masuk w4d haritu.. Ada baby rupanya.. “

” Tahniah.. Semoga dipermudah segala urusan.  “

Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Eyra Hazali dan suami. Semoga Eyra dalam keadaan sihat sepanjang tempoh mengandung dan sehingga melahirkan. Diharap segala urusan pasangan ini dipermudahkan dalam menimang cahaya mata.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eyra Hazali by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..