” Nak tanya kalau staff wanita bukan Islam tumpang perah susu dalam bilik solat kat office, boleh ke ? “

Ini Jawapan Win PU Azman. Alahai Tak Pernah Tak Kelakar !!

Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias atau lebih dikenali dengan panggilan PU Azman antara pendakwah terkenal dalam media sosial melalui pendekatan dakwah santai berjaya menarik perhatian golongan muda.

PU Azman rajin membalas persoalan atau komen yang diutarakan dengan lebih santai dengan menyelitkan elemen komedinya yang tersendiri. Jawapan itu buat netizen terhibur sampai ‘menangis’ dibuatnya. Tetapi yang penting, maksudnya sampai.

Sehingga kini PU Azman mempunyai seramai 1.5 juta pengikut di akaun Instagram miliknya. Cara PU Azman menyampaikan dakwah membuatkan netizen menyukai caranya. Perkongsian PU Azman yang mesra dipanggil Cik Man ini membuatkan netizen rasa dekat dengannya.

Menerusi akaun Instagram, Cik Man berkongsi soalan yang ditanya oleh seorang netizen berkenaan dengan wanita yang bukan beragama islam menumpang untuk memerah susu badan di surau kerana tidak disediakan tempat yang khas di pejabat.

Namun respon Cik Man kepada yang bertanya soalan itu sangat mencuit hati. Alahai serius kelakar Cik Man ni. Jom baca perkongsiannya di bawah :

” Sebab apa dia nak perah tu kita tak perlu tahu. Mungkin persediaan untuk anaknya di rumah. Yang penting tidak ganggu jemaah yang sedang solat. Netizen sendiri faham dia perah susu siapa.. “

” Wanita bekerjaya. Dalam kesibukan di pejabat mencari belanja untuk keluarga, masih memikirkan tentang keadaan bayi yang ditingg4lkan.. “

” Inilah peng0rbanan seorang wanita bekerja dan dalam waktu yang sama seorang ibu. Cik Man pasti, yang ditanyai dalam soalan ialah susu ibu. Mustahil dia bawak lembu masuk ofis.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Cik Man. Ayat Cik Man tak pernah tak win. Antara komen-komen netizen :

” Pernah gak terfikir.. but ade sorg akak kat opis lama dlu dia hal4u amoi tu nak pam susu.. dah la anak amoi tu twin.. amoi tu kata opis xde Mother’s room.. so I tumpang surau.. tp kena hal4u sbb I bkn Muslim.. kesian dia ustaz.. “

” Ayat last tu wowwwww. Adoilaa lawok ustaz. Hahaha.. “

” Jawapan ustaz kelakar betul.. Hahahaha.. “

” Hahahahaha… kalo dia bawak lembu, pengshannnnnn ! Hahahaha.. “

” Tiap kali tgok cik man post wajib tgok caption last.. Hahahaha.. “

” Tu la. Sebenarnya kat tempat keje kena sediakan tempat khas utk wanita yg bre4stfeed.. “‘

” Aduh dlm banyak-ii soalan yg ni paling lawak. Hahaha.. “

” Boleh je perah depan jemaah lelaki. Kalau dia perah susu lembu ka.. kambing ka.. huwahuwahuwei.. “

Ad0i lah Cik Man ni tak pernah tak kelakar. Ayat last tu mesti buat orang tak kering gusi. Ada saja idea dia buat orang gelak yer. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Cik Man diberi kesihatan yang baik agar semua urusan dakwah dipermudahkan oleh Allah. Amin..

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..