” Nak pikat awek tak payah guna Ysuku tapi Ysikal pon dah dapat.. “

Video Zizan Razak Bawa Bella Astillah Naik Basikal Tua Tarik Perhatian Ramai. Awww.. Sweetnya, Sama Cantik Sama Padan !!

Nama pelawak Zizan Razak atau pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak tidak perlu diperkenalkan lagi. Zizan bukan sahaja boleh menghiburkan orang dengan melawak, malah Zizan juga turut berbakat besar menjadi penyanyi, pelakon dan juga pengacara.

Sebelum ini Zizah dikatakan pernah menjadi hubungan cinta dengan pelakon Emma Maembong pada tahun 2011. Zizan juga pernah digos1pkan pernah bercinta dengan pelakon cantik Julana Evans yang dikenalinya ketika sama-sama membintangi filem H4ntu B0nceng pada tahun 2012.

Zizan turut digas1pkan bercinta dengan pelakon cantik manis Mira Filzah, namum mereka berdua menafikan mempunyai hubungan istimewa. Sehingga kini Zizan masih lagi solo dan belum ada yang special. Peminat-peminatnya sentiasa mengharapkan Zizan akan bertemu dengan suri hatinya seterusnya disatukan di atas pelamin.

Menerusi akaun Instagram, Zizan berkongsi video sedang menaiki basikal bersama penyanyi dan pelakon comel Bella Astillah. Untuk pengetahuan video ini adalah semasa penggambaran telemovie yang bertajuk Kerusi Kecil arahan Ghaz Abu Bakar.

Apa yang menariknya, Zizan membawa Bella dengan sebuah basikal tua dan perkongsian ini menarik perhatian ramai yang mengatakan mereka sangat sweet dan sepadan.

Jom tonton video di bawah :

” Inilah hasil pertama dari kayuhan basikal selama ni. Nahhhhh!!! @bellaastillah @adtisha_productions @ghazabubakar #kerusikecil #adtishaproductions.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan video yang dikongsikan. Nampak macam sweet sangat walaupun hanya lakonan. Antara komen-komen peminat :

” Sepatutnye saya yg dduk blkg zizan nii.. “

” Macam nampak sweet je.. “

” Maaf la abg @zizanrazak869, saya trlupa nk tngok abg kayuh sbb trpandang bidadari kt blakang tu haa @bellaastillah.. “

” Best nye bro dapat beriadah ngn basikal, ada jodoh tu.. “

” Penat x kisah janji awek belakang hahahaa… lepas ni boleh zizan makeup ysikal tu masuk RCB baru rare.. “

” Bagai pinang dibelah tigaaa. Nk pikat awek tak pyh guna ysuku tp ysikal pon dah dpt.. “

” Rasa nk benti tu.. pic1t hon kt hdung dia.. “

” Nasib la @zizanrazak869 yg kayuh klau @bellaastillah yg kayuh tk jalan rasanya.. “

” Zizan basikl tu x blh naik dua orang panc1t klau naik y15 blh.. “

” Nampak secocok bossku…. basikal legend ni.. “‘

” Kang ada ore maroh ke mu zang… jgn buat pasal… huhuhu.. “

” Ada penumpang tu kayuhan tu bagus hahahahahah kalau xde penumpang rasa nya da jadi ysuku basikal tu hahahahaha.. “

Alahai comel pulak tengok Zizan dan Bella naik basikal tua. Mana tahu mereka ni ada jodoh ke kan, tak salah kan masing-masing solo dan available, tak gitu ? Apa-apa kami di Berita Kopak mendoakan kerjaya Zizan dan Bella semakin menyinar dalam bidang seni tanahair. All the best guys !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizan Razak, Bella Astillah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..