” Nak menari ke tu wak.. “
Gelagat Siti Aafiyah Ketika Melihat Ibunya, Dato’ Siti Nurhaliza Menyanyi Cur1 Perhatian Netizen. Amboi, Pandai Dia Nak Menari !!
Siti Aafiyah merupakan anak kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa. Aafiyah popular seperti ibunya kerana gelagat Aafiyah sering dikongsi di media sosial oleh para peminatnya. Apa sahaja yang dikongsikan pasti menjadi perhatian.
Tidak seperti selebriti lain, Dato’ Siti tidak membuat akaun Instagram khas untuk anaknya, Aafiyah. Namun kebanyakan akaun Instagram yang wujud di media sosial dibuat oleh para peminat Dato’ Siti dan mempunyai pengikut yang sangat ramai.
Gambar-gambar dan video-video Aafiyah sering dimuatnaik di akaun Instagram ibunya dan beberapa akaun Instagram yang diwujudkan oleh peminat-peminat. Aafiyah kini sudah pun berusia hampir 2 tahun. Kehadiran Aafiyah menceriakan kehidupan Dato’ Siti dan suaminya.
Menerusi akaun Instagram, satu video Siti Aafiyah telah dikongsikan. Video yang berdurasi seminit ini menunjukkan Aafiyah sedang menonton ibunya membuat persembahan. Aafiyah yang kelihatan teruj4 melihat ibunya menyanyi membuatkannya ingin menari.
Tonton video di bawah :
” Nak nari ke tu wak.. “
Alahai, comel sangat Aafiyah ni. Makin lama makin bijak dah Aafiyah. Dah pandai nak menari bila dengar ibunya menyanyi. Semoga Aafiyah membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat. Semoga Aafiyah menjadi anak yang membanggakan ibu bapa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG ABPBH, Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..