” Nak duit jaa tahu.. Hahaha.. “
Video Siti Sarah Ucap ‘G0od Luck’ Buat Suaminya, Shuib Sebelum Pergi Lumb4 Kereta. Part Siti Sarah Asyik Minta Duit Tu Comel Sangat, Semoga Kalian Sentiasa Bahagia..
Penyanyi Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, Awais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. Sarah seperti yang dikenali, cukup ramah manakala suami pula pelawak. Justeru, tidak hairanlah andai perbuatan dan perbualan mereka menyerlahkan status pasangan suami isteri.
Dahulu, entah bagaimana percaturan kariernya, Sarah dilihat hanya menyerlah pada tahun pertama sebagai penyanyi, biarpun diakui mempunyai bakat besar. Pemenang anugerah Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) ini kemudiannya menyepi dan memilih untuk menumpukan perhatian kepada keluarga selepas berkahwin.
Kemunculan Sarah dalam Gegar Vaganza membawa peminat mengimbau bakat besar yang dimilikinya. Lagu Semakin, antara lagu popular dan mendapat kedudukan yang baik dalam carta muzik. Sarah dinobatkan sebagai naib juara Gegar Vaganza musim ketiga. Mulai daripada itu, nama beliau kembali bersinar di industri seni.
Menerusi instagram, Sarah telah berkongsi satu video bersama suaminya, Shuib. Pasangan ini kelihatan sangat romantik, lebih-lebih lagi, dalam video tersebut, Shuib meminta Sarah untuk ucapkan ‘good luck’ buat dirinya sebelum beliau pergi untuk berlumb4 kereta. Namun video tersebut membuatkan netizen terhibur, gara-gara sarah asyik meminta duit kepada suaminya.
Ikuti perkongsian Sarah di bawah :
” Bila laki kau nak pergi belumb4, kau sebagai isteri , nak dia menang !!! tapi kau kata jangan bawak laju2 mesti dalam hati @shuibsepahtu mula berkata kata.. Adakah isteri aku tak tau kalau laju baru oleh menang? Atau bini aku jenis tak paham apakah maksud perlumb4an ? Atau mak kau hijau.. I love u dady Dap.. “
Rata-rata peminat sangat terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Sarah itu. Antara komen-komen tersebut :
” Hahahahahahahha nak duit jaa tahu hahahaha.. “
” Nak duit tu best.. “
” Sebut nk duit tu comeyyy sgt.. “
” Yg penting “yang nk duit” .. “
” Comey Sarah ckp nak duitt nak duit nak duittt.. “
” Perempuan dan duet suami tak dapat dip1sahkan.. “
Haha.. Kelakar betul Sarah. Tengok berkali-kali video ini memang asyik ketawa sahaja, lebih-lebih lagi melihat gelagat pasangan suami isteri ini. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga rumah tangga Sarah dan Shuib sentiasa bahagia, sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..