” Nak bawa Mama jumpa bakal menantu ke ?? “

Fizo Omar Supr1se Ibunya, Bawa Makan Di Dinner In The Sky Malaysia Buatkan Netizen Terhibur. Woww.. Sweetnya Abe Joe !!

Fizo Omar atau nama sebenarnya, Wan Hafizol bin Wan Omar merupakan seorang pelakon tanah air. Bergiat aktif dalam persada seni bermula apabila menyertai pencarian Hero Remaja anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Karangkraf dan beliau telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu. .

Pengarah televisyen dan filem, Rashid Sibir merupakan orang yang pertama yang bertanggungjawab membawa Fizo Omar ke dunia lakonan menerusi drama Elite. Beliau ketika itu pemenang Hero Remaja diberikan kepercayaan untuk membawa watak dalam drama tersebut.

Dahulu, Fizo pernah terlibat secara serius bermain bola sepak ke peringkat negeri dengan mewakili Kelantan semasa usianya berbelas tahun. Malah, Fizo juga terpilih dalam beberapa kejohanan peringkat umur sehinggalah berjaya mewakili Malaysia bawah 16 tahun dalam Kejohanan Piala Nike yang diadakan di Korea Selatan.

Fizo sebelum ini telah mengej0tkan industri hiburan dengan cerita pencera1an beliau bersama Mawar Karim iaitu usahawan tudung Fareeda. Selepas berpis4h, Fizo kini menetap bersama-sama ibunya. Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, Fizo ada berkongsi video beliau telah membuat kej0tan buat ibunya.

Ikuti perkongsian video tersebut oleh Fizo di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dan turut menyatakan bahawa ibu Fizo begitu beruntung kerana memiliki anak-anak yang sangat menyayangi beliau. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Lucu la fizow ni dgn mok dio…. Ape pon fizow bt lh yg trbaik utk mok.. “

” Sweetnya fizo n adik2 membahagiakan bonda.. “

” Cara abe joe layan seorang Ratu bergelar ibu membuat semua orang anak bergelar anak cemburu. Kemahhh… “

” Untung la mama dapat anak sehebat n sebaik abe.. “

” Mama abe joe sporting.. Walaupun gayat gelak2 lagi.. Seronok berkumpul anak beranak…  Alhamdulillah..  Nampak happy semua… “

” Haaa ma tkut kene tinggal sorang dlm kete.. “

” Try jalan supo ore kayo sikit ma, xleh blah ayat pun.. “

Alahai.. Sweet sungguh Fizo dengan ibunya. Walaupun gelag4t ibunya sangat menghiburkan, tapi jelas terpancar betapa bahagianya seorang ibu memilik anak-anak yang sentiasa membahagiakannya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Fizo sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizo Omar, Youtube Fizo Omar by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..