” Nak abang hadiahkan kereta Alphard.. “

Ustazah Norhafizah Musa Dapat Hadiah Kereta ‘Alphard’, Tapi Kereta Tu Kenapa Comel Sangat !!! Alahai Untungnya Ustazah…

Ustazah Norhafizah Musa atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Cik mendapat pendidikan pada peringkat Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan dalam bidang Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Beliau berkahwin dengan Dr Azahar Yaakub dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata.

Seterusnya beliau menyambung pengajian pada peringkat sarjana di Universiti Malaya di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. Pada usia mencecah 43 tahun, beliau telah menerima Penganugerahan Doktor Falsafah (PhD) dari Akademi Pengajian Islam

Pada Oktober 2018, Ustazah Norhafizah telah menerima anugerah pengajian PhD, bahkan beliau turut dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus 1440 Hijrah bersamaan 2018 Masihi.

Penglibatan beliau dalam dunia dakwah bermula sejak kepulangannya dari Jordan lagi. Kini beliau merupakan penulis buku, kolumnis majalah, panel tetap slot Usrati di ikim fm, panel program Tanyalah Ustazah TV9, Al-Hidayah TV3, Forum Perdana TV1, dan lain-lain program penerbitan bersifat keagamaan.

Terbaru Ustazah Norhafizah Musa telah memuat naik dua keping foto beserta kapsyen. Kapsyen tersebut mengenai pertanyaan oleh suaminya Dr. Azahar adakah Ustazah menginginkan hadiah sebuah kereta Alphard. Persoalan itu dijawab ustazah, tiada siapa yang tidak mahu kalau dihadiahkan kereta tersebut.

Apa yang menariknya, Ustazah Norhafizah mengatakan di dalam kapsyen tersebut bahawa suaminya tidak pernah menghampaknnya. Dan Ustazah terus sahaja mendapat kereta Alphard tersebut dengan cepat sahaja. Semua teruja ingin melihat kereta Alphard yang dihadiahkan oleh suaminya itu.

Pada foto yang kedua, Ustazah Norhafizah telah memuat naik foto kereta Alphard pemberian suami kesayangannya itu. Ustazah telah di prank oleh suaminya dengan menghadiahkan sebuah kereta Alphard mainan berjenama Takara Tomy.

Comelkan kereta yang dihadiahkan oleh suami ustazah ni. Patutlah cepat dapat. Hehee….

Di bawah ini adalah kapseyen dan foto yang dimuat naik oleh Ustazah Norhafizah.

” Dr Azahar Yaakub tanya ustazah norhafizah musa. Nak abg hadiahkan Alphard ke ? Sapa tak nak abg dan Alhamdulillah, abg tak pernah menghampakan.. cepat dapat.. “

Rata-rata merasa terhibur dengan prank yang telah dibuat oleh suami Ustazah Norhafizah itu. Ini komen-komen mereka :

” Hehe ustazah ni senyum saya tau “

” Alahai..comeynye alphard ustazah “

” Hihi comell. Insyaallah dpt nnt ustazah “

” Pandai ustazah melawak.. “

” Boleh tahan lucu jugak ustazah nie “

” YaAllah mawadah warahmah nye keluarga “

Alahai comel betul prank dari suami ustazh ni, secomel kereta mainan tu. Kami di Berita Kopak mendoakan Ustazah dan suami kekal bahagia hingga ke jannah Allah. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Ustazah Norhafizah Musa by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..