” Nahh hakak belanja ampa lagu Hindustan pagi ni.. “

Video Dealova Heyrinna, Anak Faezah Elai Menyanyi Hindustan Menarik Perhatian Netizen. Wow, Siap Hafal Ye !!

Siapa tidak kenal aktress cantik berketurunan Punjabi dan Thai iaitu Faezah Elai. Faezah yang berasal dari Gelugor, Pulau Pinang merupakan seorang pelakon dan juga model. Faezah memulakan karya lakonan menerusi drama bersiri siaran Astro Ria, Cinta dan Keadilan.

Faezah telah berkahwin dengan seorang pengarah drama iaitu Heykal Hanifah. Pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata perempuan yang cantik bernama Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna. Faezah mempunyai tiga orang anak tiri daripada suaminya.

Faezah sering memuatnaik aktiviti hariannya di akaun Instagram. Beliau juga turut berkongsi gambar dan video anak-anaknya. Kedua orang anak Faezah sering menjadi perhatian netizen kerana kecomelan dan kecantikan mereka yang diwarisi melalui ibu mereka.

Menerusi akaun Instagram, Faezah berkongsi video anak sulungnya menyanyi lagu hindustan. Pada mulanya, Dealova Heyrinna menyanyi dengan penuh gaya namun apabila dia perasan ibunya merekod video terus dia kaku. Malu la tu ye !!

Tonton video di bawah :

” Nahh hakak belanja ampa lagu Hindustan pagi ni.. Bila dia tau org dok record teruih jd keraih malu.. mcm mak dia lah mmg pemalu org nya.. Ok sambung nyanyi Tum bi kaho kese chup rahu..me aagar samne abijhaa ya karoon… “

Rata-rata peminat memuji kecomelan Dealova yang seiras ibunya. Antara komen-komen mereka :

” Wow.. siap hafal ye… “

” Sesuai sangat mmg anak hindustani  wajahnya “

” Comelnye sebijik muka kak faezah.. “

” Comeii nyaa dia, mcm tgk mak dia masa kecik2 plak.. “

” Aduhaiiiii….. cantik nyerrr princess ni…. “

” FAEZAH ELAI JUNIOR.. “

Pada yang mengikuti akaun Instagram Faezah Elai pastinya mengetahui bahawa anak-anaknya begitu meminati lagu-lagu hindustan. Mereka pasti akan menari dan menyanyi apabila mendengar lagu hindustan. Maklumlah ada darah kacukan hindustan juga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Faezah Elai by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..