” Muka semua lelaki bila wife atau girlfriend dia yang drive.. ” – Netizen
Video Gelagat Wira Buat Muka Ketika Membonceng Motor Vespa Mainan Elektrik. Dah Kenapa Muka Tu Wira. Lain Macam Betul Reaksinya Kali Ni !!
Nama anak pelakon Betty Rahmad dan pasangannya Ardy Damis, Ardy Wira bukan asing lagi. Wira seorang anak yang ceria dan suka tersenyum. Dilahirkan pada 19 Januari tahun lepas, Wira kini sudah berusia 1 tahun lebih. Betty juga mewujudkan satu akaun Instagram khas buat Wira.
Akaun Instagramnya itu kini sudah diikuti ramai peminat. Banyak video dan gambar Wira dikongsikan untuk tatapan peminat. Sempena ulangtahun kelahiran Aisya Humaira iaitu anak angkat Datin Seri Umie Aida, Wira juga dihadiahkan sebuah mainan oleh ibu saudaranya, pengarah terkenal Erma Fatima.
Meninjau akaun Instagram Ardy Wira, telah dikongsikan sebelumnya beberapa keping gambar Wira yang gembira dengan motor Vespa elektriknya itu. Wah cantiknya mainan Wira, Vespa warna merah lagi. Patutlah tersenyum ceria ada mainan baru. Tapi lain jadinya bila motor ini mula digerakkan.
Wira yang diletakkan di tempat duduk belakang membonceng Vespa itu bersama anak pelakon Shima Anuar, Marian Sophia. Apa yang menarik perhatian adalah mimik muka Wira dan gayanya memaut lengan Sophia sangat mencuit hati. Kenapa tu Wira muka macam tak puas hati je. Yang penting mata langsung tak pandang kamera. Wira Wira.
Jom tonton video di bawah :
Mimik muka Wira ini menarik perhatian ramai peminat. Antara komen-komen mereka :
” Muka semua lelaki bila wife atau gf dia yg drive.. “
” Wiraaa !! Muka tuuu. Meraj0k dgn gf ke tuuu… “
” Muka bila laki ko xpuas hati dgn cara ko memandu.. “
” Haha .. muka wira mcm tak0t jee tu.. “
” Mcm atuk n nenek naik motor pegang bahu.. “
” Wira betul nye pandang depan.. Kuat tu dia pegang.. “
” Lelaki cu4k bila perempuan y bawak.. dah lah xpandang depan.. “
” First time ni tgk wira tak senyum , maybe tengah gay4t tu huhu so cute.. “
” Hikk hikk wira mcm cu4k.. Adik manis bawak moto relax xtengok depan.. “
Alamak first time tengok muka Wira tak senyum. Ini betul-betul serius muka Wira. Fokus betul pada jalan di hadapan tu. Apa pun, gelagat Wira mencuit hati. Kami di Berita Kopak berharap agar Wira membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapa dan ceria-ceria selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ardy Wira, IG Betty Rahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..