” Muka bur0k pun boleh jadi elok laa dalam lukisan.. ” – Shaheizy Sam

Bergambar Di Hadapan Potret Wajahnya Dan Isteri, Kapsyen Shaheizy Sam Buat Syatilla Melvin Mengam0k. Amboi Sam, Sempat Mengut0k Isteri, Kan Dah Kena Setempek Dengan Tilla !! 

Siapa tidak kenal dengan pasangan gil4-gil4, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Perangai mereka yang suka menyakat dan membahan antara satu sama lain buat rumahtangga mereka selalu ceria. Karakter Tilla yang periang membuatkan rumah mereka riuh dengan suaranya.

Tentu peminat masih ingat gaya mereka suami isteri yang membuat make up challenge pada sambutan tahun baru tahun lalu. Bila diingat kembali, melucukan betul wajah Tilla yang disolek Sam tak ubah seperti badut. Mereka juga membuat challenge di saluran Youtube dan menawarkan hadiah buat peminat yang menyertainya.

Sudahpun dikurniakan dua orang cahayamata, anak-anak mereka diberi nama Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy. Kehadiran Syeriv dan Sarima menambahkan lagi keceriaan mereka sekeluarga. Tengok gelagat Syeriv yang suka membuat jenaka tak ubah seperti Tilla.

Menerusi akaun Instagram, Shaheizy Sam telah berkongsikan sekeping gambar beliau bersama isterinya Syatilla. Mereka yang bergambar di hadapan potret wajah mereka yang dilukis khas. Amboi besar betul gambarnya, mahu capai ribuan ringgit ni. Tapi kapsyen Sam yang mengus1k Tilla jadi bahan ketawa netizen.

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen mereka :

” Tilla your comeback is awesome hahahaha.. “

” Yezzaaaaa !! Ayat winnnnn g1lerr !! Sama cantik sama padan.. “

” Rare btul korang laki bini.. hahaha. Gad0h-gad0h.. “

” Uish berapa agaknya lukisan tu kalau request.. “

” Dua-dua nampak nice dalam gambar. Always sweet.. “

” Macam terbalik je tu.. Muka elok pun boleh jadi bur0k laa dalam lukisan.. “

Namun kapsyen Sam buat ramai peminat tag nama Tilla di ruangan komen. Sekali Tilla balas balik, fuh berasap jawapan tu.

Macam-macam gelagat laki bini ni. Ada je benda nak diusik dan dibahankan, patut lah selalu ceria dan bahagia je nampak. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar rumahtangga Tilla dan Sam aman selalu dan sentiasa dirahmati Allah serta berkekalan hingga ke anak cucu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shaheizy Sam, IG Samtilla

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..