” Muka Alisa bila daddy cakap nak masak.. Hahaha.. Yusuf memang jujur sangat.. “

Hairul Azreen Tunjuk Bakat Memasak Resepi Special Dengan Gaya Mengagumkan, Namun Reaksi Anaknya Yusuf Iskandar Ketika Merasa Masakan Ayahnya Itu Buat Peminat Kagum. Bagusnya Yusuf !!

Siapa tidak kenal pelakon filem Paskal dan Wira ini. Aksi lincah dan bertenaga yang ditunjukkan membuatkan filem itu menjadi sebutan peminat. Hairul Azreen bin Idris, anak kelahiran Kuala Lumpur ini aktif bergiat sebagai pelakon dan pelagak nger1.

Umum mengetahui, Hairul sudahpun mendirikan rumahtangga bersama Hanis Zalikha. Mahligai bahagia mereka ini diserikan lagi dengan kehadiran dua orang cahayamata yang diberi nama Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Yusuf yang dilahirkan pada 3 Jun 2016 menjadi tarikan peminat mereka dek kerana wajah comelnya itu.

Yusuf memiliki kepandaian yang membuatkan peminat berasa kagum. Sekalipun baru berusia 3 tahun lebih, daya pemikiran dan cara percakapannya amat bersopan santun dan penuh dengan kelembutan. Yusuf juga seorang abang yang amat protective menjaga adiknya Alisa.

Menerusi akaun Instagram, Hairul Azreen telah berkongsikan satu video tutorial memasak nasi goreng yang dinamakan olehnya sebagai ‘Nasi Goreng HA’. Melucukan ketika aksi Hairul memasukkan perasa. Banyak betul dicampaknya sampai menjer1t Hanis Zalikha. Namun cara Yusuf menjawab ketika merasai masakan itu memang terbaik !

Jom tonton video di bawah :

” Resepi Nasi Goreng HA !!!.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” 2 bijil telur untuk secukup rasa.. Nampak sangat macam 1st time masuk dapur.. “

” Kenapa baby girl tuh macam tak0t tengok daddy… Hihihi.. “

” Allahu banyaknya lada.. “

” Bagus yusuf.. Dia pandai jaga hati daddy dia. Dia kata sedap. Tapi budak-budak, jujur. Dia tak nak daddy dia masak, dan tengok nasi tu dia tak terus telan dia kulum je.. “

” Kesian yusuf.. First time tengok dia struggle nak makan.. “

” Paskal kene pakai dua senduk… Baru menganc4m.. “

” Biar telur tu jadi telur.. “

” Muka alisa bila daddy cakap nak masak.. Hahaha.. Yusuf memang jujur sangat.. “

” Part white pepper tu takleh henti gelak ! “

Kelakar betul tengok gaya memasak Hairul ni. Memang macam ala-ala askar campak-campaknya itu. Namun respon Yusuf memang paling win. Terbaik walaupun muka dah nak berker0t mengunyah masakan resepi hebat ayahnya itu. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga keluarga bahagia ini akan sentiasa dilindungi Allah sentiasa. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hairul Azreen, IG Hanis Zalikha by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..