” Mommy.. I want daddy come back, part ni terus jatuh air mata ni tauu.. “

Video Yusuf Iskandar Menangis Rindukan Hairul Azreen, Buat Ramai Yang Sebak !!

Umumnya mengetahui Yusuf Iskandar adalah putera sulung kepada pasangan artis kesayangan ramai iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalika. Si Comel ini seringkali menjadi tumpuan pengikutnya kerana sangat petah berkata-kata.

Telatah dan gelagat Yusuf dapat dilihat menerusi video dan foto yang dikongsi oleh ibu bapanya di laman sosial Instagram miliknya.

Yusuf sangat pandai membuat mimik muka apabila bergambar dan setiap kapsyen lucu yang ditulis pada setiap entri, pasti menjadi perhatian pengikutnya di Instagram.

Siapa yang mengikuti perkembangan Yusuf di Instagram pasti mengetahui kucing comel kesayangannya yang diberi nama Bujibu Champel. Memang gebu dan comel tau.

Lagi-lagi apabila Hanis dan Hairul memuat naik video telatah Yusuf bermain, bergurau dan bercakap-cakap dengan Bujibu. Pasti kelakar dan geli hati !!!

Menerusi akaun Instagram Yusuf Iskandar , sebuah video terbaru telah dimuat naik. Apa yang pasti, video kali ini sangat berbeza daripada yang sebelumnya. Video ini memaparkan Yusuf sedang menangis sambil berbicara dengan ibunya Hanis Zalika.

Yusuf menangis sambil menyatakan dia rindukan daddy (panggilan untuk Hairul Azreen ). Ibunya dengan sangat tenang memujuknya.

Mommy :  What do you want ?

Yusuf : Mommy … I miss daddy… I want daddy come back..

Mommy : What do you want daddy to do ?

Yusuf : I want play with daddy…

Jom tonton video di bawah :

Pada ruangan kapsyen, diselitkan juga perbualan Yusuf dan ibunya .

” Few nights ago :

Mommy: Yusuf, do you miss Daddy?

Yusuf: Yes I miss my Daddy!

Mommy: I miss Daddy too (tiba suara bergetar).

Yusuf: Aw it’s okay Mommy.

Yusuf: Can I hug you Mommy?

Mommy: Yes sayang

Yusuf : I love you Mommy  (sambil hug).

Ceh ceh macho betul, tapi tadi dia plak emo haha sempat Mommy rekod sebelum pujuk. “

Rata-rata peminat memenuhi ruangan komen dengan menyatakan rasa terharu dan sedih menonton video tersebut. Antara komen-komen peminat :

Aku pulak rasa nak nangis tengok yusuf “

” Aku yang belum ada anak pun sobbing tgk ni. You’re such a good boy, Yusuf. May Allah protect your family always “

” Menitis air mata tengok yusuf ngis “

” I want daddy come back part ni terus jatuh air mata ni tauu “

” Sedihhhh.. aunty pun sedih mcm ni.. i feel you sayang.. sabar ye.. yusuf strong boy.. daddy pgi carik rezeki utk yusuf mommy & adik.. jaga mommy & adik awak tau.. “

” Sama la anak kita pun mcm nie… sedih oooo bila diaorg nanges… ibu pun nanges gak… “

” Sedihnya yusuf. Semoga jadi anak yg soleh untuk mummy and daddy “

Alahai Yususf sayang, jangan menangis ye. Daddy keluar mencari rezeki. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Yusuf sentiasa sihat dan ceria seperti selalu. Aminn.

Terima Kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Yusuf Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalika By Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan