” Minah saleh ni memang jiwang, suka layan lagu tangk4p lent0k.. ” – Netizen
Rozita Che Wan Kongsi Video Anaknya, Aaisyah Dhia Rana Menyanyi Lagu Dato’ Siti Nurhaliza. Part Chorus Lagu Tu Sampai Muncung-Muncung Mulut Aaisyah Menyanyi. Wahhh, Betul-Betul Feeling Ni !!
Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pelakon jelita Rozita Che Wan ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Kecomelan wajahnya seringkali menjadi perhatian di media sosial. Tidak ha1ranlah kini jumlah followers di akaun Instagramnya mencecah 1.5 juta. Memiliki wajah kacukan menjadikan Aaisyah begitu diminati ramai.
Gelagat Aaisyah yang suka bergaya seperti ibunya ini membuatkan Aaisyah menjadi antara anak selebriti yang paling men0njol. Setiap kali gambar atau video Aaisyah dimuatnaik, setiap kali itulah Aaisyah akan menerima jumlah tontonan dan tanda suka yang banyak daripada warganet.
Seperti kanak-kanak lain, Aaisyah juga mempunyai hobinya tersendiri. Kadangkala Aaisyah lebih suka menghiburkan hati dengan menyanyikan beberapa buah lagu. Video-video Aaisyah sedang menyanyi juga seringkali dikongsikan oleh ibunya buat tatapan peminatnya.
Terbaru, menerusi laman Instagram Aaisyah Dhia Rana, sebuah posting berbentuk video telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan Aaisyah menyanyikan lagu daripada nyanyian penyanyi tersohor tanahair, Dato’ Siti Nurhaliza yang berjudul Bidadari Syurgamu. Lagu ini adalah lagu tema bagi drama 7 Hari Mencintaimu.
Apa yang menarik lagi, Aaisyah menyanyi dengan sepenuh jiwanya dan kelihatan ekspresi wajah Aaisyah yang sesuai ketika menyanyikan lagu tersebut. Paling mencuit hati adalah pada bahagian akhir sampai muncung-muncung mulut Aaisyah menyanyi. Betul-betul feeling ni !!
Di bawah ini adalah video tersebut. Jom tonton. Pastikan anda menggunakan volume tinggi ye !!
Video tersebut mendapat perhatian netizen. Mereka memuji kecomelan Aaisyah menyanyi. Namun begitu rata-rata tertarik kepada hidung Aaisyah. Mereka menyatakan hidung Aaisyah comel dan mancung. Ini antara komen mereka :
” Minah saleh nie memang jiwang sungguh, suka layan lagu tangkap lentok, sampai muncung-muncung mulut..”
” Sejibik muka bapak, hidung mancung, comel betul la dak ecah ni.. “
” Selamat pagi Aaisyah sayang, Cantiknya Aishah, hidung mancung, pandainya nyanyi.. “
” Macam Lisa B lackpink, Cuteeeee Cantik hidung ecah.. “
” Comelnya hidung ecah, eeeee, pic1t idung kanggg.. “
Wah, hidung Aaisyah pula yang lebih menarik ye. Sememang tidak dinafikan Aaisyah memiliki hidung yang mancung. Itu yang membuatkan Aaisyah lebih comel. Maklumlah, Aaisyah kan ada kacukan Inggeris sebelah bapanya. Apa-apa pun semoga Aaisyah terus membesar dengan sihat dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana, Rozita Che Wan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..