” Mily photocopy you betul.. “

Perkongsian Gambar Juliana Evans Ketika Bayi Buat Peminat Keliru. Eh Milly Ke Tu. Sama Betul Muka, Macam Copy Paste !!

Bekas pengacara rancangan Era TV, Juliana Evans bukanlah satu nama asing dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajah cantik dan kepetahannya bercakap menjadi tarikan peminat. Juliana atau nama sebenarnya Julianan Sophie binti Johari Evans dilahirkan pada 5 Julai 1989 di Shah Alam Selangor.

Beliau mula mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak ketika umurnya baru sahaja menginjak usia 12 tahun. Namanya semakin dikenali setelah mengacarakan rancangan Remaja di TV3. Selain bidang pengacaraan, Juliana juga adalah seorang pelakon dan model iklan.

Juliana mengakhiri zaman bujangnya dengan menikahi kerabat diraja Selangor bernama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah. Hasil ikatan perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang cahayamata diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin.

Menerusi akaun Instagram, Juliana Evan telah berkongsikan sekeping gambar beliau ketika masih bayi bersama ayahnya dengan kapsyen ucapan ulangtahun kelahiran. Apa yang menarik perhatian adalah wajahnya yang sama seperti anaknya Tengku Kamiliah Zanariah. Sebijik sama !

Jom baca kapsyen di bawah :

” Cheer up daddy, it’s your birthday! .. “

” Is that Mily you’re holding ? No wait, that’s me! I think I was about Mily’s age in this picture. Wishing you a great 74th birthday daddy. Love you always and forever.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Oh my god pic you masa baby sama dengan milly !! “

” Mily photocopy you betul.. “

” Same with mily.. “

” Ya Allah comenye. Macam mily sangat.. “

” So comel since small.. “

” Masyallah jue comey sangat.. “

Betulla kata pepatah mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Memang sama muka Juliana dengan Mily. Raut wajah yang seakan-akan kembar. Memang anak mak Sangat. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat ayah Juliana dan semoga kehidupan Juliana sekeluarga sentiasa bahagia dan dilindungi Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Juliana Sophie Evans by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..