” Mikrofon tak bunyi, sab0taj ke.. Haisshhh.. “

Persembahan Lagu Anta Permana Di Pentas AJL 34 Dikej0tkan Dengan Kehadiran Istimewa Dato’ Siti Nurhaliza, Namun Masalah Mikrofon Buat Peminat Kecewa. Sp0il Betul !!!

Pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 34 akhirnya tiba jua. Setelah melalui tiga peringkat saringan, akhirnya 12 buah lagu yang terpilih layak ke peringkat akhir. AJL 34 merupakan majlis berprestij yang dibuat bagi menghargai karya muzik Malaysia di mana lagu-lagu yang terpilih berdasarkan carta di dalam rancangan Muzik Muzik sepanjang musim 2019.

Salah satu dari lagu yang terpilih adalah lagu Anta Permana karya Hael Husaini dan Ezra Kong. Sejak awal lagi penyanyi asalnya Dato’ Siti Nurhaliza sudahpun memaklumkan bahawa beliau tidak dapat menyanyikan lagu berkenaan dan persetujuan bersama memilih penyanyi Bob Yusof untuk menggantikannya.

Bob adalah bekas peserta rancangan realiti Akademi Fantasia yang memiliki vokal dan suara yang sangat merdu dan lunak. Sehingga ke saat akhir, peminat dapat melihat semua persediaan Bob untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya ini dan diiringi doa ramai agar beliau berjaya.

Menerusi akaun Instagram TV3 Malaysia, telah dikongsikan sedutan video Kejotan ketika persembahan lagu Anta Permana dendangan Bob Yusof  bersama Dato’ Siti Nurhaliza, namun sayangnya kesilapan teknikal menyebabkan mikrofon Dato’ Siti tidak mengeluarkan bunyi pada permulaan beliau menyanyi. Alamak frust !

Jom tonton video di bawah :

” Wowwww @ctdk datang buat kej0tan! Betul betul luar jangkaan! Fuhhhh sungguh epik persembahan @bobyusof @ctdk.. “

” Jelas nampak tokti d0wn. Kalau anta permana menang boleh perform sekali lg boleh dengar betul2 yg x mic pr0blem.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Bob & dato ct pon best.. “

” Apooooo @tv3malaysia tak on mic @ctdk tahu tak susah moment macam nie nak dapat.. Haihhhh potong arrrr.. “

” Mic tak bunyii.. Sab0tajjj ke.. Haisshhh.. “

” Tokti nak buat surprise tapi mic problem pulak… Tak de suara.. “

” Ger4mnyaa ! Siti masuk , system tak okey.. Part tu confirm let0p kalau mic okay.. “

” Apa mic tak hidup .. Fail laa.. Tengah epic .. Mic masalah pulak.. “

Sememangnya kej0tan yang benar-benar buat seisi dewan terkej0t dan bersorak gembira. Kehadiran Tokti yang sememangnya didambakan peminat namun apakan daya, tiada yang sempurna. Mungkin ada kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. Apa pun persembahan yang amat padu dan bertenaga.

Kenangan AJL 34 yang paling manis dan mendapat standing ovation daripada ramai penonton. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah buat Bob dan juga Dato’ Siti yang berjaya menghiburkan semua dengan penuh bertenaga.

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG TV3 Malaysia, IG Dato Siti Nurhaliza, IG Memes Puak4 , Youtube TV3 Malaysia Official by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..