” Mesti Jebat konfius. Kenapa aunty Lofa jadi kecik.. “

Gambar Adik Naura Bersama Noor Nabila Dan Jebat Jayden Telah Mencur1 Tumpuan. Serupa.. Dah Macam Adik Beradik !!

Pada awal tahun baru-baru ini, gambar adik Naura pernah tular di serata media sosial selepas sepupunya memuat naik gambarnya di laman Twitter dan seterusnya telah mendapat perhatian daripada pelakon Neelofa yang turut mengakui bahawa kanak-kanak itu kelihatan sepertinya.

Tak sangka tuah adik Che Naura Auni yang seiras dengan selebriti terkenal iaitu Neelofa itu akhirnya dapat juga berjumpa dengan artis kegemarannya itu menerusi rancangan MeleTOP  dan hinggakan ia menjadi viral. Selepas pada itu, netizen turut menggelar adik Naura sebagai mini Neelofa.

Hingga kini, adik Naura telah mempunyai pengikut di akaun Instagram melebihi 200 ribu orang. Bercita-cita mahu menjadi seorang doktor, Naura yang petah bercakap sering menonton Neelofa mengendalikan rancangan Meletop melalui laman YouTube dan sering menggayakan pakaian seperti Neelofa.

Menerusi perkongsian adik Naura di Instagram, telah memuat naik gambarnya bersama Noor Nabila iaitu kakak kepada Neelofa dan Jebat Jayden anak Noor Nabila. Dikhabarkan adik Naura menerima jemputan untuk rancangan memasak Nabila bersama Rosix Omar.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan melihat reaksi Jebat dalam gambar yang dikongsikan oleh adik Naura itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Mesti Jebat konfius… Hehehe.. Napa anty Lofa jadi keci.. “

” Aikk , Neelofa jadi kecik balik ke ? Hahahaha , cutee .. “

” Muka Jebat macam Naura .. “

” Excited sangat tu muka Jebat  mesti pelik Aunty Lofa dia jadi kecik hahaha.. “

” Jebat happy betul tu sbb dlm hati dia kataa yeayy aunty Lopa dh jadi geng kecik dia.. “

” MasyaAllah cantik comel semua..dah nak sama naura dgn family Lofa.. “

” Aikkk serupaaa aduii Comel.. “

Sama !! Kelakar sungguh tengok reaksi Jebat tengok adik Naura. Haha.. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga adik Naura menjadi anak yang solehah, sentiasa mendengar kata kedua ibu bapa, dan sentiasa belajar rajin-rajin untuk berjaya di masa hadapan. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Che Naura Auni by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..