” Merem4ng bulu roma, sedap g1lerrrr suara.. “

Lagu Kesetiaan Nyanyian Dalia Farhana Buat Siti Sarah Rasa Nak Menangis. Serius Merdu Sangat !!

Nama Siti Sarah atau pemilik nama sebenar Siti Sarah binti Raisuddin ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Suaranya yang merdu dan bakatnya dalam bidang nyanyian begitu menyinar dan terserlah serta tidak perlu dipertikaikan lagi.

Umum mengetahui, Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 bersama Shahmira Muhamad atau lebih dikenali dengan nama Shuib Sepahtu. Pasanagan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Siti Sarah memulakan kerjaya seninya apabila beliau berjaya menjadi finalis Bintang RTM pada tahun 2001. Nama Siti Sarah kembali meniti di bibir peminat apabila dia menyertai program realiti TV popular iaitu Gegar Vaganza musim yang ketiga dan seterusnya dinobatkan sebagai naib juara.

Menerusi akaun Instagram, Siti Sarah berkongsi video seorang wanita yang bernama Dalia Farhana sedang menyanyikan lagu popularnya yang bertajuk Kesetiaan. Menurut Sarah, beliau merasakan ini adalah versi yang terbaik untuk lagu Kesetiaan ini sehingga membuatkan beliau rasa ingin menangis mendengarnya.

Baca perkongsian Siti Sarah dan tonton video penuh di bawah :

” Hadiah hari jadi sy agakny, So sweet @daliafarhana. Patutlah sy dpt byk notification tag nama sy dkt ig, so bila check dkt ig awak, wowwww! !! this is the best version #kesetiaan… “

” Thanks awak, buat sy rasa mcm nak nangisssss, so appriciate it, in love with you !!!! Sedap kan version ni.. ”

Rata-rata peminat memuji suara Dalia Farhana yang sangat merdu dan lunak. Antara komen-komen peminat :

” Sangat merdu dan lunak suara dalia farhana. Suddenly i hot to know you here and officially declare that i am your fan.. “

” Version ni buat sy rs sayu sesangat melodinya… cara penyampaian juga sgt² menghayati… (Eh komen ala² juri lak) tapi best lagu ni… sy mmg suka dlu, klu kuar kat radio mmg feel.. “

” Wowwww i likeeeee sedappp nauuu nii ! duet ngn sarah lg meletop ni. dua2 suara terbaikkkk !!! “

” Suka sangat lagu niiii. Lagu wajib karoake ! Sedap g1le suara dia.. “

” Yess suara dia mmg powerrr. My fav songggggg @sitisarahraissuddin.. “

” Sedap merdu lunaknya suara dia, memang dasy4t.. terasa ke dlm jiwa menyentuh lunak merdunya suara dia.. “

” Selain tuan punya lagu yg ni version pun buat merem4ng bulu roma, sedap g1lerrrr suara.. “

Alahai merdunya suara Dalia Farhana. Terbuai-buai rasa mendengar alunan suaranya yang lunak dan mendayu-dayu. Sampai tuan punya lahu pun puji melambung-lambung sedapnya. Apa-apa pun all the best untuk Siti Sarah dan juga Dalia Farhana dalam bidang seni. Semoga terus menyinar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin, Dalia Farhana by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..