” Merahnya muka diaaa, sooo cute lah.. Tahniah dato dan datin.. “

Datin Shahida Dedah Wajah Anaknya Yang Baru Lahir. Alahai Comelnya Baby, Cantik Macam Mama Dia !!

Pasangan popular Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida sememangnya dikenali ramai. Bukan hanya kerana kejayaan mereka melalui perniagaan kosmetik D’Herbs,malahan juga kerana banyaknya cerita-cerita lucu dan menarik di dalam kehidupan jutawan Malaysia ini.

Memilih untuk menjadi suami dan isteri pada usia baru menjangkau 20-an, pasangan ini sudah membuktikan bahawa usia bukan penghalang kebahagiaan. Ikatan suci ini memberikan mereka empat orang cahayamata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.

Keinginan Dato’ Aliff yang ingin memiliki anak yang ramai dimakbulkan Allah. Semalam berita gembira dikhabarkan untuk seluruh peminat tanahair bahawa Datin Shahida sudahpun selamat melahirkan bayi kelima mereka.

Menerusi akaun Instagram, Datin Shahida memuatnaik video cahayamata baharunya itu beserta tema lagu haruman syurga nyanyiannya bersama Dato’ Aliff. Beliau memanjatkan rasa bersyukur dengan kehadiran bayi perempuan ini yang sememangnya dinanti-nantikan. Akhirnya Datin Shahida, Qadeeja dan Ameena ada geng baharu!

Jom tengok sedutan video dibawah :

” Ini lah baby hajah saya!! Belum ada nama lagi…. ” 

Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan semasa pasangan ini juga turut bergembira di atas kelahiran ini. Antara komen-komen peminat :

” Cantiknya baby girl.. Tahniah ibu.. “

” Macam muka yusof sebjik.. Tahniah datin.. “

” Tahniah datin.. Comel sangat subhanallah.. “

” Tahniah.. Semoga baby girl menjadi anak yang solehah.. Aamiin.. “

” Selamat datang sayang.. Allah… Melting nye tengok baby datin.. “

” Putih melepak macam Yusof.. “

” Tahniah datin.. Comel si pipi merah ni.. “

” Merahnye muka diaaa sooo cute lah.. Tahniah dato dan datin.. “

Kegembiraan dan kebahagiaan yang tak dapat digambarkan dengan ungkapan. Hanya dari raut wajah Dato’ Aliff dan Datin Shahida menggambarkan betapa berharga haruman syurga ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga bayi bertuah ini sentiasa sihat dan dilindungi dari segala peny4kit dan moga Datin berpant4ng dengan rasa gembira.. Aamin

Untuk melihat wajah bayi Datin Shahida ini, boleh tonton di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Datin Shahida , Youtube tv abang terlajak laris by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..