Menggelabah Sufian Suhaimi Sahut Cabaran Telefon Ex-Girlfriend Untuk Minta Maaf Di Johara Pagi Era. Ini Reaksi Sufian !!

Ini Reaksi Sufian !!

Nama penyanyi Sufian Suhaimi tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajahnya sering muncul di kaca televisyen dan beliau juga sangat aktif di media sosial.

Sebelum ini Sufian yang mempertaruhkan lagu Di Matamu di Anugerah Juara Lagu yang ke 33 telah menerima hadiah untuk persembahan terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, telefon bimbit dan juga sebuah trofi.

Rata-rata ramai yang tahu kisah Sufian yang sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon comel Elfira Loy. Namun jodoh mereka tidak menyebelahi mereka dan akhirnya hubungan yang dibina terput0s di tengah jalan. Elfira kini sedang bahagia dengan suaminya, Faris Khairil Anuar.

Sebelum bercinta dengan Elfira, Sufian juga pernah bercinta dengan gadis lain. Apa yang menariknya, menerusi segmen Johara Pagi Era hari ini, Sufian dicabar untuk telefon bekas kekasihnya dan meminta maaf kepadanya.

Aksi Sufian yang menggelabah membuatkan ramai yang terhibur. Apa-apa pun sempoi dan berani juga Sufian sebenarnya yer. Jom tonton video di bawah :

” Hahahaha ! Nak call ex girlfriend memang nervous macam ni eh ? Nama ex dirahsiakan #BenarAtauCabar #JoHaRaPagiERA.. “

” Hahah ! @sufiansuhaimi_ memang sempoi lah sanggup sahut cabaran call ex dia weh ! Korang kalau nak call ex gelabah macam ni tak ? #BenarAtauCabar #JoHaRaPagiERA.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Sufian. Antara komen-komen peminat :

” Such a brave man… kipidap.. “

” Sian dia, baru nak move on dpt pula call HAHAHAH terus tak jadi move on.. “

” Terbaik @sufiansuhaimi_ Hang memang sempoi… camni lah x perlu nk cover sgt.. hahaha.. tabik spring sama lu.. “

” Power wehhh.. x pasal call ckp sorry.. “

” Yg penting bukan bini org yg di call. Kalau x masuk melodi.. “‘

” Mcm tu reaksi pian rupenye td… td dgr kt radio x dpt nk bayangkan.. hahaha.. “

Apa-apa pun semoga kerjaya Sufian terus menyinar dalam industri muzik tanahair kita. All the best Baby Pian !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era.Je by Berita Kopak  & Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..