” Mengandung ke ? “

Dilihat Badan Makin Berisi Dan Dikatakan Sudah Berbadan Dua, Ini Respon Daripada Ratu Rock Malaysia, Ella !!

Ratu Rock Malaysia, Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila binti Haji Aminuddin, beliau merupakan seorang penyanyi, pemuzik dan model terkenal dalam dunia hiburan tanah air. Sehingga kini beliau masih pertahankan gelarannya sebagai Ratu Rock. Lebih gemar membahasakan diri sebagai Ella mempunyai perwatakan yang sangat manja.

Populariti beliau meningkat naik setelah dipilih untuk menjadi penyanyi lagu tema Sukan Komanwel 1998 yang berjudul Standing In The Eyes Of The World. Hal ini kerana Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah ketika itu dan Ella merupakan satu-satunya artis Malaysia yang dipilih untuk menjadi penyanyi bagi lagu tema tersebut.

Pada tahun 2012, diusia 46 tahun, Ella telah sah bergelar isteri kepada juruterbang Firefly, Azhar Husaini Ghazali. Ketika majlis nikah itu, Ella telah menerima sebanyak RM50,300 sebagai mas kahwin daripada suaminya. Pada tahun 2017, Ella telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya.

Menerusi perkongsian di Berita Harian, Ella yang kini nampak sedikit berisi, menjadikan punc4 ramai menyangka dirinya hamil dan Ella sendiri telah memberikan respon tentang hal tersebut. Untuk pengetahuan umum, kini usia perkahwinan Ella bersama suami sudah 8 tahun dan pasangan ini belum ada lagi rezeki untuk  menimang cahaya mata.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Ella turut memberitahu bahawa hanya pertambahan berat badan sahaja dan beliau tidak hamil, malah beliau juga sebelum ini sudah menjalani kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), namun masih belum ada rezeki. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga urusan Ella dan suami untuk memperolehi cahaya mata dipermudahkan. Insyaallah rezeki Allah itu luas dan pasti akan ada. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ABPBH 32, Ella Aminuddins by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..