” Menang1s di saat ini, kala jari jemari menitip kata-kata untuk mu.. ” – Faizal Zakaria
Suami Abby Abadi, Faizal Zakaria Kongsi Video Dan Nukilan Sempena Ulangtahun Perkahwinan Mereka Yang Kelima Buat Netizen Tersentuh Dan Menitiskan Air Mata. Hebatnya Cinta Suami Terhadap Isterinya !!
Hari ini merupakan ulangtahun yang kelima perkahwinan antara Abby Abadi dan suaminya Jai Ezzany atau nama sebenarnya Faizal Zakaria. Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Binti Abd Manan dia menerima Jai kerana Jai seorang yang penyayang dan dapat menerima anak-anaknya.
Untuk pengetahuan mereka bertemu secara tidak sengaja kerana mereka berdua aktif dalam bidang p0litik dan sering menghadiri majlis-majlis agama. Menurut Abby ketika pertama kali mereka bertemu dia menegur Jai kerana memakai rantai di lehernya. Namun Jai berkata itu bukannya rantai tetapi kad media.
Selepas kejadian itu mereka menjadi lebih rapat. Menurut Jai pula semakin lama dia mengenali Abby ternyata apa yang orang kata tentang Abby adalah tidak betul. Abby juga dapat menerima anaknya, hasil perkahwinannya bersama bekas isteri.
Sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima hari ini, Jai telah memuatnaik video berserta ucapan yang sangat istimewa kepada isterinya itu. Ucapan yang sangat menyentuh perasaan ini jelas menunjukkan betapa hebatnya cinta Jai kepada Abby.
Mari kita lihat video yang dikongsi oleh Jai istimewa buat isteri tercinta di bawah ini :
Jai dan Abby menerima pelbagai ucapan dan doa sempena ulangtahun perkahwinan mereka. Antaranya :
” Hebat nya cinta suami terhadap isteri nye, Alhamdulillah happy for you both tahniah.. “
” So sweet abg dan kak abby, Selamat Ulangtahun perkahwinan Abg Jai dan Kak Abby, semoga mahligai dibina ini berkekalan hingga ke syurga Allah s.w.t. Sebak baca ucapan dari abg untuk kak abby.. “
” Untung k abby dpt suami yg lembut. Semoga bahagia Abg Jai n Kak Abby ke Jannah.. “
” Masya Allah menitis airmata saya membaca nya. Semoga kekal hingga ke Jannah.. “
” Suami yg baik adalah suami yg sentiasa mendoakan yg terbaik untuk isterinya dlm suka dan duka susah Dan senang. Semoga berkekalan hubungan hingga ke Syurga Allah Aminnnnn.. “
” Bertuah abby, slamat menyambut ulang tahun perkahwinan. Semoga kalian bahagia sampai Syurga.. “
” Happy anniversary, Semoga sentiasa di dlm perlindungan, kasih sayang, rahmat dan kekal hinga k syurga Aamiin ya RABB.. “
” So touched by your words. Moga kalian bahagia sampai syurga.. “
” Aamiin Ya Rabb, Sedih baca coretan dari suami utk isterinya. Semoga Abg Jai & Kak Abby sentiasa bahagia hingga ke Syurga Firdaus bersama anak2 yg comel2 belaka.. “
” Kata kata yg menusuk kalbu, Happy Anniversary Kak Abby dan Abang Jai. Semoga berbahagia hingga ke Jannah..”
Rasa sangat terharu membaca ucapan ikhlas daripada suami untuk isterinya ini. Kami daripada Berita Kopak mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang kelima buat Jai dan Abby Abadi. Semoga bahagia berkekalan hingga ke Syurga. Aminn..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Jai Ezzany
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..