Menang Pelakon Antag0nis Pilihan DFKL 2019, Ucapan ‘Ustaz Hamadi’ Buat Penonton Menjadi Kec0h !!

Bakat lakonan pelakon Azhan Rani atau pemilik nama sebenar Azhan Abdul Rani yang selalu membawa watak antag0nis tidak perlu dipertikaikan lagi. Walaupun namanya sebelum ini kurang dikenali, tetapi wajahnya sering muncul di kaca televisyen menerusi drama-drama tempatan.

Walaupun selalu membawa watak sebagai pembantu dan bukannya watak utama, tetapi watak yang oleh Azhan Rani nampak sangat real dan memang sangat menjadi. Bagilah apa sahaja watak kepadanya, pasti akan dilakonkan dengan berkesan sekali dan sampai ke hati penonton.

Ramai yang tidak tahu rupa-rupanya pelakon drama bersiri Nur ini rupanya kuat melatah. Apa yang menariknya, walau pun nampak muka macam gan4s dan serius, tetapi bila dicuit sedikit pasti akan terkeluar latahnya.

Pada malam kemuncak Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 yang bersiaran langsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) semalam, Azhan telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pelakon Antag0nis Pilihan menerusi Drama Nur yang menjadi fenomena sebelum ini.

Ramai sedia maklum, Azhan memegang watak Ustaz Syed Hamadi dalam Drama Nur, watak seorang Ustaz yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri sendiri atau digelar penungg4ng agama.

Sebelum ini, drama Nur arahan Shahrulezad Mohameddin berjaya mencipta fenomena luar biasa apabila mendapat lebih 11 juta tontonan di televisyen dan kira-kira 2 juta tontonan melalui penstriman digital. Sementara itu, siri drama Nur 2 sudah mula ditayangkan di TV3 bermula Selasa lalu.

Apa yang menariknya, ucapan Azhan semasa di atas pentas menerima hadiah mengamatkan suasana di PICC.

Azhan mengatakan dia menasihati pelakon yang mempunyai bakat yang tinggi tetapi tidak mempunyai pekej yang lengkap agar terus berju4ng dan berusaha untuk terus berjaya.

Ucapan Azhan yang penuh bersemangat itu membuatkan suasana dalam dewan menjadi riuh dengan sorakan dan tepukan gemuruh penonton yang menyokong kata-katanya.

Malah pengarah Drama Nur, Shahrulezad Mohameddin turut bangun memberikan semangat kepada Azhan.

Rata-rata netizen mengatakan Azhan memang layak mendapat anugerah tersebut kerana bakat lakonan yang besar yang ada padanya. Antara komen-komen netizen :

” Gooooooood Azhan Rani!!! If professional juries can’t appreciate his talent, we as one of the voters, could really see what he could do beyond his limit. Congrats!.. “

” Suka kata kata Azhan Rani ini baru betul bakat pelakon dicari bukan pada paras rupa tu yang ni dicari , bakat takde kelaut.. “

” Aww Azhan Rani’s speech ! Tapi masalahnya, memang dah lama saya perhati je bakat awak bang. Nasib baiklah saya ni memang jenis tengok orang pada bakatnya dan bukan rupa, walaupun sejujurnya saya rasa rupa abang pun not b4d je.. “

” I like your speech!!!!! Paling best ucapan dia.. “

” Pelakon yg berqualiti.. @azhan_rani 
Alhamdulilah.. memang duk menunggu Ustaz Hamadi. Speech yg hebat !!! “

” Dia layak menang… lakonan dia mmg tbaik…. smua watak dia boleh bawak… dia mmg layak menang… tahniah ustaz hamidi…”

” Alhamdulillah… da bole agak nur menang besar mlm nie… Congrats sume pemenang nur.. paling win ayat si madi td… padu dan menusuk… @azhan_rani “

” Ucapan terbaik die ni kalo belakon mmg betul betul menjiwai watak… Mmg hebat lakonan dia.. Bagi apa sahaja watak.. Mmg super die bawak.. Tahniah..

Tahniah Azhan Rani atas kemenangan ini dan kata-kata yang positif. Semoga terus berjaya dalam industri lakonan dan dapat memenangi banyak lagi anugerah-anugerah selepas ini supaya lebih mengangkatkan namanya di persada seni tanahair.

All the best untuk semua yang terlibat dalam Drama Nur dan juga Nur 2. Semoga drama Nur 2 juga turut memberi impak yang sama dan sekali lagi menjadi fenomena yang luar biasa.

Jom tonton video di bawah :

Sumber : Youtube Tv3 Malaysia / Article by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..