” Memula pan4s hati dengan Madi ni. Tapi bila dia menyanyi, bahan berdekah la. Hilang mood nak mar4h.. “

Azhan Rani Kongsi Video Mesin Karaoke Ustaz Hamadi, Serius Kelakar Wehhh !!

Drama Nur 2 baru sahaja melabuhkan tirainya pada hari Khamis yang lalu. Sebanyak 15 episod ditayangkan di kaca televisyen rumah anda menerusi slot Samarinda di TV3. Drama yang menjadi trending dan perbualan ramai ini mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton menghayatinya dengan pelbagai em0si.

Walaupun episod terakhir sudah ditayangkan beberapa hari yang lalu, tetapi watak Ustaz Syed Hamadi yang dibawa oleh pemenang Anugerah Pelakon Antag0nis Pilihan Anugerah DFKL 2019, Azhan Rani masih diperkatakan sehingga kini.

Malah ada yang ‘merindui’ wajahnya dan gelagat Ustaz Hamadi setelah Drama Nur 2 telah berakhir ditayangkan. Walaupun membawa watak seorang yang berperwatakan jah4t, namun lakonan Azhan sangat menjadi dan berkesan membuatkan orang benc1 dan dalam masa yang sama terhibur dengan aksinya yang mencuit hati.

Menerusi akaun Instagram, Azhan berkongsi video kompilasi lagu nyanyiannya semasa berlakon dalam Drama Nur 2. Jika anda penonton setia Drama Nur 2, pastinya anda tahu Ustaz Hamadi suka menyanyi orangnya. Sampaikan penonton tak jadi nak mar4h dan terus ketawa apabila tiba-tiba Ustaz Hamadi menyanyi. Serius kelakar !!

Jom tonton video di bawah :

” Bila last ko pergi karaoke ? “

(Klik butang > di sebelah kanan untuk menonton video yang seterusnya.. )

Rata-rata ramai yang terhibur menonton video kompilasi lagu-lagu nyanyian Ustaz Hamadi dalam Drama Nur 2. Antara komen-komen netizen :

” Dem4m ustaz madi x abis lg ni.. Serius xbley move on lg nie…… Blom lg buat ayat skrip fav ustaz madi.. “

” Aku tetap suka madi bersyair ke bersajak tah masa dalam lokap tu. Lepas lagu aku bukan malaikat. Win gile. Asal drama sangat tak include sekali dalam album madi ni.. “

” Memula pan4s hati ngn madi nie.. Tp bila dia blh bahan menyanyi… Bahan berdekah la.. Hilang mood nk mar4h. Hahahahaha.. “

” Betul !! lagu paling win.. Sampai ke harini.. asik nak nyanyi lagu ni je.. starting kena 3 kali sebut ‘kita’ ‘kita’ ‘kita memang dijodohkan bersama.. ‘ Hahaha.. “

” Boleh buat playlist ustaz Madi punya lagu. Haishh buat aku nak karoake sekarang.. “

” 1 missing.. Hey sayangku, hari ini aku cantik…scene time dlm bilik bersiap nk pergi cari kerja @azhan_rani.. “

” Tertinggal satu lagi lagu bosskur @azhan_rani Yg part ‘sayang dengarkanlah, syair kau tulis ku lagukan’, pergh tak bole nk move on.. “

Syabas Azhan Rani, anda memang seorang pelakon yang hebat dan berbakat besar. Walaupun terima banyak mak1an kerana membawa watak Ustaz Hamadi ini, itu tandanya lakonan anda berjaya dan ‘hidup’ serta sampai ke hati penonton-penonton.

Tahniah Azhan Rani dan semua yang terlibat dengan Drama Nur 2, sama ada pelakon-pelakon, pengarah dan semua krew yang bertungkus lumus menjayakan dan menjadikan drama ini satu fenomena dan trending.

Silakan SHARE..

Sumber : Azhan Rani by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..