Membuat Kemunculan Pertama Dalam Liga Inggeris Selepas 19 Tahun Menjadi Pemain Simpanan

Apa Yang Penjaga G0l Berusia 33 Tahun Ini Lakukan Selepas Perlaw4nan Buat Ramai Orang Merasa Seb4k Dan Terharu !

Bermain sebagai kesebelasan utama dalam pasukan pastinya menjadi impian setiap pemain bolasepak. Ataupun sekurang-kurangnya, cukuplah menjadi pemain simpanan untuk dimasukkan untuk bermain dalam mana-mana perl4wanan.

Tetapi bagaimana jika hanya menjadi pemain simpanan dan tidak pernah dimasukkan dalam mana-mana perlawanan sekalipun dalam jangkamasa yang lama. Tentu ianya adalah sesuatu yang sangat bermakna jika diberi peluang untuk bermain, apatah lagi menjadi kesebelasan utama.


Sumber Gambar : West Ham United Twitter

Bagi penjaga gol West Ham United ini, David Martin, dia tidak dapat menahan airmatanya selepas berjaya menjaga gawangnya dari dib0losi oleh Chelsea dan membantu West Ham menew4skan pasukan tersebut dengan keputusan 1-0 di hadapan penyokong mereka sendiri.

Memetik laporan dari laman ESPN FC, itu adalah penampilan pertamanya dalam EPL( Liga Perdana Inggeris ), selepas 19 tahun dia bergelar pemain profesional. Sesuatu yang begitu em0sional bagi dirinya yang telah berusia 33 tahun dan dia mengaku tidak lalu untuk menjamah makanan dua hari sebelum perlaw4nan yang berlangsung pada hari Sabtu 30 November 2019 itu.

Kejayaan West Ham mengalahkan Chelsea di lamannya adalah pertama kali selepas 17 tahun. Gol tunggal West Ham Unite itu dijaringkan oleh Aaron Cresswell pada separuh masa kedua.

Kejayaannya itu turut disaksikan oleh bapanya, Alvin yang juga bekas penjaga gol West Ham Unites pada tahun 1976 sehingga 1996. Tidak dapat menahan rasa terharunya, dia berlari keluar dari lapangan dan memasuki tempat duduk stadium di mana bapanya berada lantas memel0knya sambil keduanya menitiskan airmata.


Sumber Gambar : West Ham United Twitter

” Rasanya seperti bukan kenyataan “. Katanya selepas perlawanan itu seperti yang dilaporkan oleh laman berita The Guardian.

” Saya kini telah berusia 33 tahun, bermain dalam perl4wanan yang sepatutnya, saya telah bermain beberapa perl4wanan tetapi masih tidak membuatkan saya rasa bersedia untuk perl4wanan ini. Saya suk4r untuk makan dua hari sebelum perl4wanan. Cress (Aaron Cresswell) ketawa melihat saya tidak dapat menghabiskan makanan saya.”

” Bila saya melihat bapa saya, kami berdua menitiskan airmata, kami tidak mampu berkata apa-apa. Tetapi bagi bapa saya melihat ianya berlaku kepada kelab yang diwakilinya selama 21 tahun, membuat debut(perl4wanan pertama), menjaga cleen sheet( menjaga gawang dari dib0losi) dan memberi kemenangan, sebagai anaknya ianya adalah sesuatu yang bermakna, benar-benar perasaan yang fantastis.”

Jurulatih West Ham United, Manuel Pellegrini turut memuji persembahan penjaga golnya itu. ” Tentu sahaja kami tahu keluarganya mempunyai kaitan dengan kelab ini. Tidak mudah untuknya muncul pertama kali dalam Liga Perdana Inggeris. Tetapi saya berpendapat bahawa sejak pertama kali saya bercakap dengannya pada minggu lalu, saya merasakan dia telah bersedia. Sebelum pertandingan berlangsung, dia sangat pendiam tetapi dia sudah membuktikan apa yang dia perlukan selama 95 minit itu.”

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan Berkongsi Kisah Menarik Ini Ya !

Disediakan Dan Disusun Serta Terjemahan Oleh Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..