” Memang kelakar betul dengar Maryam sebut nama kuih tu.. ” – Netizen

Mawar Karim Kongsi Video Anaknya Wan Maryam Yang Sedang Makan Kuih Kapit. Namun Bila Ditanya Apakah Nama Kuih Itu, Ini Jawapan Cik Yam !!

Gelag4t si kecil yang kian membesar sudah pasti menghiburkan. Melihat anak kecil membesar di depan mata juga satu bonus bagi kedua ibu bapa. Begitu yang dirasai oleh usahawan muda iaitu Mawar Karim bersama anak perempuannya iaitu Wan Maryam yang juga anak pelakon Fizo Omar.

Meskipun Mawar dan Fizo tidak lagi suami isteri, mereka bersama-sama bergilir menjaga puteri tungg4l mereka itu. Masing-masing dengan baik menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada Maryam. Walaupun tidak lagi tinggal sebumbung, dilihat Fizo dan Mawar bijak menguruskan anak mereka dengan penuh kasih sayang.

Untuk rekod, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar telah mendirikan rumah tangga bersama Mawar Karim pada 2013 dan hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam. Namun jodoh pasangan ini tidak perpanjangan dan akhirnya berpisah pada tahun lalu.

Menerusi akaun Instagram Mawar Karim, telah berkongsi satu video memaparkan gelagat anak kesayangannya itu sedang menikmati kuih tradisional iaitu kuih kapit. Namun apabila ditanya oleh Mawar apakah nama kuih tersebut kepada Maryam, jawapan Maryam ialah donut.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :

Hasil perkongsian video oleh Mawar itu buat rata-rata netizen terhibur mendengar jawapan Maryam. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Ala comelnya mariam.. Mesti Mariam suka makan kan.. “

” Cantek la Maryam ni suka tgk dia comel dgn muka yg soo sweet.. “

” Elehh.. Asyik donat jew dia, hahaha, memang kuat makan donut ni.. “

” Donut pn bulih lah Cik Yam, janji sedap kan, comel betul .. “

” Memang kelakar betul dengar Maryam sebut nama kuih tu.. “

” Cik yam tringat donut kot.. Tu sbut donat, hahaha.. “

Comel betul Cik Yam sebut donut, memang kuih kegemaran Cik Yam ni. Malah, jangan tak tahu, Maryam juga sangat suka makan nasi kandar seperti ibunya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Maryam membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mawar Karim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..