” Memang dah TAK KAWAN dengan Erra ke.. “

Umie Aida Ditanya Tentang HUBUNGAN Dengan Erra Fazira¬† Di Ruangan ‘Tanya Apa Sahaja’ InstaStory. Ini Jawapan Dari Umie Aida. Woww.. TERBAIKLah¬† Kak Umie !!!

Datin Seri Umi Khalsum binti Rahmad Ali atau lebih dikenali sebagai Umie Aida merupakan seorang pelakon, penyanyi, penerbit dan ahli perniagaan Malaysia. Kerjaya lakonan beliau bermula ketika berusia 18 tahun setelah menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91.

Seterusnya bergelar pelakon wanita tersohor Malaysia yang berjaya mencipta nama di tanah air dan peringkat Asia. Umie Aida ialah adik kepada aktres dan pengarah tersohor Erma Fatima. Seorang lagi adiknya, Betty Rahmad juga pernah menceburi bidang lakonan tetapi tidak sepenuh masa.

Ketika berusia 20 tahun, Umie mengambil anak angkat lelaki bernama Mohd Daniel Firdaus & Mohd Dzulhelmy setahun kemudian. Umie juga merupakan rakan rapat kepada Primad0na Filem Melayu Alaf Baru, Erra Fazira yang juga rakan persekolahannya serta aktres Nasha Aziz, Effa Ismail, Nor Aliah Lee dan Zahida Rafik.

Menjengah ke ruangan Instastory pemilik Instagram pelakon berbakat Umie Aida, sebuah video dimuat naik oleh beliau. Beliau membuka peluang kepada pengikut-pengikut di laman Instagramnya untuk bertanyakan apa sahaja soalan dengan menggunakan feature di Instasory iaitu sticker question.

Dalam banyak soalan yang ditanya, ada satu soalan yang sangat menarik yang telah dikongsikan oleh Umie Aida. Soalan tersebut bertanyakan tentang hubungannya dengan pelakon Erra Fazira. Peminat tersebut ingin tahu sama ada Umie Aida masih berkawan atau pun tidak dengan Erra Fazira.

Umie Aida menjawab soalan tersebut dengan tenang sekali. Beliau menyatakan secara jujurnya. Di bawah inilah jawapan yang beliau berikan untuk pertanyaan itu.

” Tak baik kita memutuuskan silaturrahim. Saya tetap kawan dia dunia akhirat. Cuma sekarang ni dia sibuk, saya pun sibuk. InshaAllah ada ruang dan masa kami akan berjumpa. Thank You.. “

Di bawah ini adalah video yang diambil daripada Instastory Umie Aida. Anda boleh dengar sendiri apa jawapan Umie Aida tentang persoalan tersebut.

Apa-apa pun kita doakan sahaja yang baik-baik buat Umie Aida Dan Erra Fazira. Semoga perhubungan mereka berdua sentiasa di dalam kasih dan sayang Allah. Kami di Berita Kopak mendoakan Umie Aida terus maju jaya dalam segala bidang yang diceburi dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Umie Aida, Erra Umie Fanz by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..