” MeleT0P tak akan sama lepas ni tanpa Neelofa.. “

Video Neelofa Di Set MeleT0P Buat Suasana Pilu Semakin Terasa. Selamat Tinggal Neelofa. Terima Kasih !!

Sebut sahaja rancangan MeleT0P, pastinya perkara pertama yang akan dibayangkan adalah hos rancangan tersebut Neelofa dan Nabil Ahmad. Bergandingan sejak mula rancangan itu disiarkan 8 tahun lalu membuatkan pasangan hos ini begitu serasi bersama.

Namun perkhabaran sedih dari Neelofa pada awal Disember lalu memilukan seluruh penonton di studio dan di rumah. Bakal mengundurkan diri dari mengacarakan MeleT0P setelah 7 musim bersama bukanlah mudah bagi gadis cantik ini. Diiringi linangan airmata, berita sed1h itu terpaksa diumumkan juga.

Demi untuk sesuatu yang lain, saya perlu melepaskan salah satu darinya, itu ungkapan Neelofa apabila ditanya peminat. Semakin menghampiri penghujung Disember, suasana semakin memedihkan hati kerana kehilangan pasti akan dirindui.

Menerusi akaun Instagram MeleT0P, telah dimuatnaik sedutan-sedutan dari episod berbeza sepanjang Neelofa menghoskan rancangan MeleT0P. Pastinya kesedihan melanda buat seluruh produksi dan peminat rancangan ini. Yang pastinya Nabil adalah orang yang paling merasai kehilangan pasangan hosnya itu.

Jom tengok video di bawah :

” ThankYouLofa So minggu depan merupakan minggu terakhir @neelofa jadi hos MeleT0P. MeleT0P tak akan sama lepas ni tanpa Neelofa. Korang make sure jangan lepaskan peluang tengok MeleT0P 31/12/19 pukul 9PM di Astro Ria & Ria HD. #TanyaLofa #ThankYouLofa.. “

Rata-rata netizen memberi reaksi mereka. Antara komen-komen netizen :

” Good luck lofa.. “

” Sure will miss lofa kat MeleT0P !.. “

” Thanks Neelofa, we share your sadness. All the best to u.. “

” Lepas ni dah tak ada gelak nofa.. “

” Aloooo lepas ni dah tak best la tak de kak @neelofa.. “

” Semoga kak @neelofa terus maju walaupun tak bersama @melet0p lagi.. “

Sudah pastinya ketiadaan Neelofa akan dirasai oleh semua penonton dan warga produksi. Kehilangan satu cahaya ceria yang selalu menyinari dan menceriakan studio MeleT0P. Kami di Berita Kopak mendoakan yang terbaik untuk Neelofa dan semoga karier seni Neelofa akan terus bersinar di masa hadapan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG MeleT0P, IG Neelofa by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..