Mawar Rashid Kongsi Gambar Dan Video Photoshoot Baby Raden Rafael Bertemakan Ala Jawa. Alahai Comelnya !!

Pelakon cantik manis Mawar Rashid atau suaminya Raf Yaakob, baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 13 Mac 2019 yang lalu. Bayi comel mereka diberi nama Raden Muhammad Rafael.

Untuk pengetahuan Mawar berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Datuk Yaakob atau lebih dikenali dengan nama Raf Yaakob pada pada 9 November 2017.

Raf Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan chef selebriti terkenal, Datuk Fazley mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu yang bernama Raden Ahmad Rayyan, 8 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4 tahun.

Rayyan dan Chanela sangat manja dengan Mawar. Ketika Mawar sedang hamil sebelum ini, kedua-dua adik beradik ini sangat teruja bakal menjadi abang dan kakak.

Malah ketika mereka bertemu kali pertama selepas Mawar bersalin, kedua-dua anak ini sangat gembira melihat Mummy dan adik baru mereka dan tak sabar memberikan Mawar hadiah.

Menerusi akaun Instagram, Mawar berkongsi gambar photoshoot Baby Rafael dan juga video disebalik tabir semasa sesi photoshoot dilakukan. Untuk pengetahuan, gambar dan video ini adalah hasil kerja kreatif daripada @tinywinyphotography.

Apa yang menariknya, Mawar dan Raf memilih pakaian ala jawa antara salah satu tema untuk anak mereka. Alahai comelnya Baby Rafael, siap pakai baju jawa dengan berbalut kain batik jawa di kepala serta aksesori ker1s di tepinya.

Memang unik tema ini, jarang orang Malaysia buat untuk photohoot anak mereka yang baru lahir. Jom tonton video dan lihat gambar di bawah :

” Tak sabar nak tengok gambar my baby Raden tonight @tinywinyphotography cepat upload kay! Hehe @radenrafaelraf.. “

My baby Raden @radenrafaelraf, Thank you @tinywinyphotography.. “

Behind the scene of his @radenrafaelraf photoshoot. Thank you @tinywinyphotography.. “

Di bawah pula adalah gambar yang dikongsikan oleh @tinywinyphotography di akaun Instagram mereka :

” Newborn Photoshoot – Jawa theme for @radenrafaelraf @mawarashid @rafyaakob.. “

Rata-rata peminat ger4m dengan kecomelan Baby Rafael dan memuji pasangan ini yang masih mengekalkan budaya asal usul mereka walaupun dalam aspek mengambil gambar kenangan anak semasa kecil. Antara komen-komen peminat :

” Ya Allah comel nya @radenrafaelraf.. ger4mnya tengok macam nak gomol2 je… “

” Comelnya dia… Lena nya xsedar apa org buat.. “

” So cuteeee baby @radenrafaelraf… semoga membesar menjadi anak yg soleh, aamin.. “

” Its so cute.. rase nk gig!t je tangan n pipi tu @mawarashid @radenrafaelraf.. “

” Macam mummy rose la, comel sangat nihhh minta cubit ka apa ni.. “

” Salut lah dgn @rafyaakob nih, tak lupa susur galur leluhurnya. Jawa tetap lah Jawa, berbanggalah sbg Jawa. Salam dari saudara anda dari Jawa timur, raden.. “

” Subhanallah pemberian Allah paling sempurna ibarat bulan jatuh ke riba, mudah2 jadi anak yg membanggakan dan penyejuk hati. Amin2.. “

Di bawah kami kongsikan dengan anda gambar-gambar terbaru yang dikongsikan oleh Mawar dan Raf di akaun Instagram Raden Muhammad Rafael :

Alahai comelnya Baby Rafael. Korang, kalau nak gambar baby cantik-cantik boleh lah dapatkan servis daripada Tiny Winy Photography. Memang cun melecun semua gambar-gambar yang mereka ambil admin tengok. Rasa ger4m je kat semua baby.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga baby Raden membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan taat suruhanNya. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mawar Rashid,  Tiny Winy Photography, Raden Muhammad Rafael by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..