” Matanya Sahaja Hampir Sebesar Mukanya…”

Pemancing Ini Hampir Melompat Apabila Mendapat Ikan Yang Mempunyai ‘WAJAH’ Yang Sangat Aneh Sekali !

Bagi seorang yang mempunyai hobi memancing, selain dari mendapat hasil yang banyak, tentu mereka mengharapkan mendapat ikan yang dapat mendatangkan keseronokan ataupun ‘feel’ semasa melayan tarikan pancing mereka.

Kerana itu, tidak hairanlah ramai pemancing yang sanggup pergi ke cer0k mana sahaja jika mendapat tahu di kawasan itu ada jenis ikan yang dapat memberikan mereka perasaan tersebut. Mereka sanggup bermalam ataupun tinggal di kawasan tersebut asalkan ianya cukup memberi mereka kepuasan.

Tetapi kisah seorang pemancing di Norway ini telah menjadi perbualan seluruh dunia apabila dia mendapat sejenis ikan yang tidak pernah lagi dijumpainya sebelum itu ataupun mungkin tidak pernah dilihat lagi oleh pemancing lain.

Pemancing tersebut, Oscar Lundahl sangat terkej0t apabila melihat mata pancingnya dimakan oleh seekor ikan yang mempunyai bentuk yang sangat berbeza dan aneh sekali. Sehinggakan dia terasa hampir melompat apabila melihat ikan tersebut !

Ikan tersebut mempunyai mata yang sangat besar dan keadaan itu membuatkan ‘wajah’ ikan tersebut kelihatan menak0tkan dan ganj1l sekali


Picture : Oscar Lundahl

Menurut Lundahl, sebenarnya dia ingin mendapatkan ikan dari jenis Halibut Biru dan telah menggunakan sejenis alat yang mampu mencapai kedalaman sehingga 800 meter di dalam laut. Dia bersama beberapa rakannya ketika itu berada beberapa kilometer dari pantai.

“Kami mencari ikan Halibut Biru yang merupakan sejenis ikan yang jarang dijumpai pada 8 kilometer dari arah pantai”. Kata Lundahl seperti dipetik dari lamanĀ  News.c0m.au.

Sampai di kawasan tujuan, dia melepaskan empat umpannya dan tidak berapa lama kemudian dia merasakan sesuatu yang besar menarik pancingnya. Lundahl memberitahu dia mengambil masa sehingga setengah jam sebelum dapat menaikkan ikan tersebut.


Picture : Oscar Lundahl

“Saya melihat sesuatu yang sangat berbeza. Saya tidak pernah melihatnya sebelum ini. Bentuk mukanya aneh seperti dinas0r. Saya tidak tahu apakah ianya tetapi rakan-rakan lain tahu”. Katanya

Sebenarnya ikan tersebut termasuk dalam kategori spes1s ikan ratfish dan jarang dijumpai kerana biasanya ianya berada di dasar laut. Bagaimanapun menurut Lundahl, ikan tersebut m4ti tidak lama selepas naik ke permukaan kerana perubahan cuaca yang mend4dak.

Dia kemudian mengambil keputusan untuk menggoreng ikan tersebut. Dia mengatakan ikan tersebut mempunyai rasa yang lazat selepas memakannya.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya !

Disediakan dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..