” Mat, aku kenai hang lama dah masa zaman hang jadi hero Akasia.. ” – Shukri Yahaya
Perkongsian Shukri Yahaya Di Instagram Sempena Hari Lahir Sahabat Baiknya, Sharnaaz Ahmad Raih Perhatian Peminat. Walaupun Ucapannya Ringkas, Tapi Penuh Bermakna Kata-Kata Shuk Buat Mamu. Sahabat Sejati !!
Nama Sharnaaz Ahmad rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Selebriti yang juga seorang usahawan ini sangat aktif di media sosial dan tidak l0kek berkongsi aktiviti hariannya di Instagram terutama ketika bersama anaknya, Jebat Jayden.
Hari ini, tanggal 30 0gos adalah hari yang sangat istimewa di mana Sharnaaz dan Jebat menyambut hari lahir mereka bersama. Meninjau di akaun Instagram Sharnaaz, pelakon popular ini telah mengambil kesempatan berkongsi video dan dedikasi istimewa buat Jebat yang sudah pun berusia 4 tahun.
Selain ucapan Sharnaaz kepada Jebat menjadi perhatian, tidak lupa juga rakan baik Sharnaaz iaitu pelakon Shukri Yahaya juga berkongsi ucapan khas buat Sharnaaz. Tulis Shukri, dirinya menyayangi Sharnaaz dan sudah menganggap Sharnaaz seperti abangnya sendiri.
Di akhir penulisan, Shukri turut mendoakan kebahagiaan sahabatnya. Sehingga kini, posting selamat hari lahir daripada Shukri buat Sharnaaz telah mendapat puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Di ruangan komen, selain menyukai ucapan Shukri, rata-ratanya telah memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Sharnaaz. Antara komen-komen tersebut adalah :
” This relationship is awesome fm strangers to friends and lastly to blood brother’s. Respect towards both of you. Happy Birthday Sharnaaz.. “
” Fit n lantodak dlm juvana the movie, adik beradik kan. Suka tengok keakraban Shuk dan Mamu, semoga terus kekal bersahabt hingga ke akhir hayat.. “
” Selamat hari lahir Mamu, semoga Mamu terus berjaya dalam hidup dan bahagia bersama Jebat yang comel.. “
“Happy Birthday Sharnaaz, moga sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah swt. Moga diberi keberkatan usia, murah rezeki, success dan bahagia selalu.. “
” Hb Sharnaaz, moga dpmudhkn sgala urusan dan dpt kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sempoi ucapan Shuk, hehe.. “
” Beautiful wishing and all the best both of you BFF InshAllah. Happy birthday mamu, semoga segala urusan mamu dipermudahkan dan terus berjaya dalam bidang lakonan.. “
” Selamat hari lahir Mamu n Jebat Jayden. Bestnya tarikh sama dengan anak, senang nak igt. Semoga semuanya baik2 buat Mamu.. “
Penuh bermakna ucapan Shuk, ini lah dinamakan sahabat sejati, sentiasa ada walaupun apa jua keadaan. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Sharnaaz. Semoga segala urusan Sharnaaz sentiasa dipermudahkan dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG shukriyahaya, sharnaazahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..