” Masyallah brilliant cara Awal sambut birthday Lila.. ” – Netizen
Awal Ashaari Kongsi Video Sedekah Makanan Di Tanah Suci Sempena Hari Lahir Anak Keduanya, Lila Amina Raih Perhatian Warganet. Alhamdulillah, Indah Betul Cara Awal Raikan Hari Lahir Lila !!
Umum mengetahui baru-baru ini, selebriti terkenal Awal Ashaari dan isteri, Scha Alyahya telah pergi mengerjakan ibadah umrah. Banyak gambar dan video dikongsikan oleh Awal dan Scha ketika mereka berada di Tanah Suci.
Namun semasa pasangan ini berada di Tanah Suci, anak kedua mereka, Lila Amina telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 2 tahun. Meninjau di akaun Instagram Awal, telah berkongsi video yang memaparkan Awal telah meraikan hari lahir Lila di Tanah Suci.
Dalam video itu, Awal telah memberi sedekah makanan kepada orang ramai di sana. Tulis Awal pada ruangan kapsyen semoga ibadah yang dilakukannya itu akan membuatkan Lila terus membesar menjadi anak yang solehah.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian warganet. Ramai memuji dan menyukai cara Awal meraikan hari lahir Lila pada kali ini. Sehingga kini video Awal sedang melakukan sedekah makanan telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian oleh Awal tersebut, ramai yang memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Lila. Antara komen-komen menarik adalah :
” Masyallah brilliant cara Awal sambut birthday Lila.. Selamat hari lahir Lila, semoga jadi anak yang solehah ya.. “
” Alhamdulillah Amin, Rindunya Suasana ni. MashaAllah mengalir Air mata tgok Pak cik Haji yang tgh suap makanan tu. Nikmat.. “
” Alhamdulillah sedekah sabil di Tanah Har4m.. Masha Allah.. Happy birthday Lila comel, semoga Lila terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik.. “
” Nikmat paling best Alhamdulillah.. Thank you Awal for doing this good deeds.. Happy birthday Lila.. “
” Allahuakbar rindunya suasana ni.. Dilihat sambutan sederhana, namun mewah ganjaranNya disana. InshaAllah2. Happy belated birthday Lila.. “
” Bagusnya.. Alhamdulillah.. Semoga rezeki Awal sekeluarga lebih barokah dan Lila membesar menjadi anak yg solehah.. “
” Semoga Lila menjadi anak solehah penyejuk hati daddy dan mommy.. Semoga Awal juga mendapat ganjaran pahala, amin.. “
Indahnya kasih seorang ayah buat anak yang disayanginya. Semoga segala amal yang dilakukan Awal sempena hari lahir Lila mendapat rahmat dan ganjaran pahala daripada Allah. Semoga Lila terus membesar dengan baik serta menjadi anak penyejuk hati kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG awalashaari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..