” MasyaAllah Umai, keluar air mata dengar bacaan Umai. Menus0k kalbu.. “

Subhanallah… Bacaan Merdu Surah Al Fajr Oleh Anak Saudara Dato’ Siti Nurhaliza, Umairah Buat Netizen Menitis Air Mata !!

Nama penyanyi tersohor Malaysia dan kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain mempunyai suara yang merdu, Dato’ Siti juga mempunyai auranya yang tersendiri.

Untuk pengetahuan Dato’ Siti merupakan anak ke 4 daripada 8 orang adik beradik. Nama adik beradik Dato’ Siti mengikut susunan ialah Saiful Lizan, Saiful Bahri, Siti Nor Saida, Mohd Ali, Siti Nor Saerah dan Mohd Hafiz. Sementara seorang lagi abang Dato’ Siti yang bernama Saiful Suhairi telah meningg4l dunia ketika berusia 11 bulan.

Ramai yang sedia maklum hampir ke semua adik beradik beliau memang boleh menyanyi. Malah anak-anak saudaranya juga turut mempunyai suara yang merdu dan boleh menyanyi dengan baik.

Terutama sekali anak Saerah yang sering menjadi tumpuan apabila menyanyi di majlis-majlis tertentu dan kadang kala berduet dengan ibu saudaranya.

Rata-rata ramai yang mengenali Ummi Umairah atau lebih mesra dengan panggilan Umai. Anak sulung kepada Sairah dan bekas suaminya sebelum ini sering menjadi perbualan ramai kerana suaranya yang merdu dan wajahnya yang comel seiras ibu dan juga ibu saudaranya.

Menerusi akaun Instagram, Umai berkongsi video mengaji Surah Al Fajr. Suara Umai mengalunkan bacaan Al-Quran secara berlagu ini sangat merdu sehingga boleh sampai ke hati, bagaikan seorang Qariah yang sedang bertanding dalam Tilawah AL-Quran.

Jom tonton video di bawah :

” Sambungan al fajr.. Alhamdulillah.. Semuga aunty2 uncle2 kawan2 di rahmati Allah hari ini.Β  #mengajichallenge #pahalaΒ #wajibmengaji.. “

Tengok tu, tengah berjalan kaki pun mengaji juga. Anak bertuah dan solehah..

” Rutin hari2… Otw ke rumah nek nijah setiap pagi.. #wajibmengaji #trobek.. “

Netizen rasa terharu dan sebak mendengar alunan merdu bacaan Al-Quran oleh Umairah. Bacaannya sampai menus0k ke kalbu. Antara komen-komen netizen :

” MasyaAllah nakkk.. terpegun aunty.. sedap merdu menus0k ke hati.. “

” Teruskan dgn aktiviti utk menjadi seorang Hafizah.. saham dunia dan Akhirat Umai.. “

” Subhanallah umairah.. boleh menggantikan qariah malaysia Insyallah suara lunak menus0k qalbu.. “

” Ya Allah, lunaknye suara @umairah_sairahtarudin. Menitik air mata acik dgr umai baca.. “

” Adoii le umaiii.. terharunya auntie dengar.. menus0k kalbu rasa mcm nak nangis.. “‘

” Subhanallah @umairah_sairahtarudin cerah masa depan.. bakal qariah.. “

” Allahuakbar.. sedapnye suara syg nie.. sebak n sedih bila mendngarnye..Teruskan mengaji iye syg… @umairah_sairahtarudin my dear.. “

” MasyaAllah Umai, klua air mata dengar bacaan umai.. along the way umai boleh blajar lagi.. “

” Masyaallah.. umai anty doakan semoga umai bole menjadi al hafizah one day nti… suara lunakk yunkk.. “

” Alhmdulillah… jadikan al quran surat cntamu spnjg masa krn setiap hurufnya pberi syafa’at pd hari kiamat nti. Teruskn usha murni adik umai.. “

Merdunya suara Umai, sama macam Mak Iti dia. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Challenge mengaji macam ini lah bagus daripada buat challenge yang bukan-bukan kan. Sedikit sebanyak dapat motivasi orang lain buka dan mengaji Al-Quran sama.

Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan Umai menjadi anak yang solehah, taat kepada suruhan Allah serta berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

(Umairah bersama guru mengaji, Nek Nijah)

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : IG Umairah Sairah Taruddin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..