MasyaAllah… Sambil Menunggu Giliran Gunting Rambut, Kanak-Kanak Ini Mengaji Seperti Bacaan Tilawah Al-Quran. Semoga Anak-Anak Kita Juga Sepertinya

Setiap ibubapa pasti inginkan anak-anak mereka menjadi orang yang sholeh yang dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada mereka tetapi juga kepada orang lain. Anak yang sholeh itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai.

Sedari kecil lagi, ibubapa akan memberikan didikan agama untuk anak-anak mereka supaya mereka menjadi orang yang patuh dan taat kepada segala perintah agama. Ibubapa akan mengajarkan anak-anak mereka mengenal huruf Al-Quran, mengaji Al-Quran dan seterusnya bagaimana memahami isi Al-Quran dengan baik.

Dan kanak-kanak jika selalu diberikan ilmu dan di ajar sesuatu ilmu itu pasti lama-kelamaan akan berminat untuk mendalaminya dengan lebih mendalam. Tidak hairanlah kita melihat ramai kanak-kanak yang dapat mengaji Al-Quran dengan baik dan adakalanya kita mendengar bacaan mereka seperti bacaan dari Qari atau Qariah di Tilawah Al-Quran.

Begitu juga dengan seorang kanak-kanak ini. Sambil menunggu giliran mengunting rambut, dia sempat lagi untuk mengaji dan mengalunkan Ayat suci Al-Quran. dan bacaannya MasyaAllah, begitu merdu dan mendamaikan bila mendengarnya.

Jelas dilihat yang kanak-kanak ini mendapat didikan yang baik mengenai cara mengaji dan mengalunkan Al-Quran. Dari segi lagu dan sebutan ayat yang keluar dari mulutnya itu menunjukkan yang beliau mempunyai ibubapa yang benar-benar mengajarnya ilmu mengaji Al-Quran yang baik.

Terdengar di dalam video tersebut, seorang lelaki yang berada di sampingnya, terus memberikan semangat dan sokongan kepada kanak-kanak ini. Mungkin dia berasa begitu asyik dan tenang mendengarkan kanak-kanak ini mengaji

Anda boleh mendengar dan melihat bagaimana dia dapat mengawal pernafasan dengan baik semasa memperdengarkan bacaannya

Jika diberi didikan dan guru yang benar, setiap kanak-kanak pasti dapat melakukan sesuatu dengan baik dan betul. Di samping bakat yang telah dianugerahkan Allah, ibubapa juga memainkan peranan penting dalam pendidikan agama kanak-kanak semasa mereka membesar.

Kanak-kanak ini menunjukkan kepada kita yang ilmu itu tidak mengira usia dan tidak mengenal siapa. Sesiapa yang mahu mempelajarinya dan mendalaminya pasti dapat melakukannya. Walaupun masih kecil tetapi sebutan dan alunannya benar-benar membuatkan sesiapa yang mendengarnya akan tersentuh hati.

Semoga satu hari, kanak-kanak ini membesar menjadi orang yang sholeh dan dapat berbakti kepada agama dan memberi kebaikan kepada orang lain. Dan semoga anak-anak kita juga akan menjadi sepertinya.

Tonton dan dengarkan kanak-kanak ini mengaji pada video di bawah ini

Jumat Mubarok. Sambil menunggu teman potong rambutdengerkan anak ngaji dulu…

Posted by Raden Mohammad Taufik on Thursday, February 14, 2019

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE dan semoga bermanfaat!

Disediakan Dan disusun oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber Video : FB Raden Mohammad Taufik