” MasyaAllah… Pandai Fateh kenalkan diri ye, bijaknya.. “

Video Fateh Mengomel Seorang Diri Curii Perhatian Ramai !!

Pelakon Corrie atau pemilik nama sebenar Adam Corrie Lee Abdullah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sering membawa watak antagonis dalam filem serta drama lakonannya, tetapi di luar dia sebenarnya seorang yang baik dan ayah yang penyayang.

Corrie sering berkongsi gambar dan video anaknya yang diberi nama Adam Fateh Lee atau lebih mesra dengan panggilan Fateh. Untuk pengetahuan, Corrie dan isterinya Fazeema Fuad mendirikan rumahtangga pada 21 November 2008.

Setelah menanti 10 tahun, alhamdulillah Allah telah kurniakan pasangan ini satu anugerah yang terindah dalam hidup mereka. Fateh dilahirkan pada 11 Julai 2018.

Menurut Corrie sebelum ini, dia dan isteri telah berjumpa 8 doktor pakar s4kit puan. Ini adalah antara salah satu usaha mereka untuk mendapatkan zuriat.

Benarlah orang kata, rezeki tidak pernah salah alamat. Yang penting, kena berusaha, berdoa, bertawakal dan sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Menerusi akaun Instagram, Corrie berkongsi video Fateh Lee sedang berceloteh seorang diri. Rata-rata peminat ger4m dengan gelagat Fateh yang comel itu. Keletahnya menghiburkan ramai yang menonton video itu.

Jom tonton video di bawah :

” Abah rindu dgn Anak abah ni. Abah Pon Tak leh Lah buat KERJA ni. Rindu dgn Fateh @adamfatehlee. Tunggu abah balik ye Malaysia ye. Abah Kat brunei.. “

Rata-rata peminat memuji kecomelan Fateh Lee. Antara komen-komen peminat :

” MasyaAllah… Pandai fateh kenalkan diri ye, bijak nya.. “

” Wahhhh da pandaiii bising2… comeiii.. “

” Bisingnya dia….mmg blh buat siapa² pun rindu mcmni.. “

” Macam ni punya cute, mana boleh tinggal kan lama2… “

” Uii dah pandai mengomel.. siap abah.. nant abah tinggal fateh lagi.. fateh ikat abah.. “

” Alah3 kenapa comel sangat ni, kiss n hugs from aunty to you Adam sweetie.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fateh membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh yang membahagiakan kedua-dua ibu bapa di dunia dan akhirat. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adam Corrie Lee by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..