” MasyaAllah hebat anak ini.. ” – Video Anak Saudara Dato’ Siti Nurhaliza, Umairah Buat Mengaji Challenge Tarik Perhatian Ramai

Nama penyanyi tersohor Malaysia dan kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain mempunyai suara yang merdu, Dato’ Siti juga mempunyai auranya yang tersendiri.

Untuk pengetahuan Dato’ Siti merupakan anak ke 4 daripada 8 orang adik beradik. Nama adik beradik Dato’ Siti mengikut susunan ialah Saiful Lizan, Saiful Bahri, Siti Nor Saida, Mohd Ali, Siti Nor Saerah dan Mohd Hafiz. Sementara seorang lagi abang Dato’ Siti yang bernama Saiful Suhairi telah meningg4l dunia ketika berusia 11 bulan.

Ramai sedia maklum hampir ke semua adik beradik beliau memang boleh menyanyi. Malah anak-anak saudaranya juga turut mempunyai suara yang merdu dan boleh menyanyi dengan baik.

Terutama sekali anak Saerah yang sering menjadi tumpuan apabila menyanyi di majlis-majlis tertentu dan kadang kala berduet dengan ibu saudaranya.

Pada bulan Februari tahun 2018, Siti Nursaerah sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Mohd Sharidan Johari. Sebelum ini, Saerah pernah berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie, pada 27 Oktober 2010, namun berpisah emat tahun kemudian.

Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 7, Ahmad Daiyan, 6, dan Ahmad Aisy, 4 tahun.

Rata-rata ramai yang mengenali Ummi Umairah atau lebih mesra dengan panggilan Umai. Anak sulung kepada adik Dato’ Siti iaitu Sairah ini sering menjadi perbualan ramai kerana suaranya yang merdu dan wajahnya yang comel seiras ibu dan juga ibu saudaranya.

Untuk pengetahuan Umai yang gemar berdandan dan pandai menyanyi. Barangkali kerana dar4h seni yang mengalir dalam dirinya.

Menerusi akaun Instagram, Umai berkongsi video mengaji Surah Ad Dhuha. Entri ini turut di’repost’ oleh Dato’ Siti Nurhaliza di akaun Instagram miliknya.

Kata-kata Dato’ Siti :

” Subhanaallah .. @umairah_sairahtarudin makiti sayang… Semoga terus menjadi hamba Allah yang berjaya dunia & akhirat sayang.. “

Entri di Instagram Umai :

” Semuga aunty2 uncle2 kawan2 umai di murahkan rezeki.. #ad dhuha. #tudungsenget #mengaji challenge.. “

Sebelum ini Umai berkongsi video mengaji surah Al Fajr. Video ini mendapat perhatian ramai netizen.

” Al fajr…. InsyaAllah nanti umai perbaiki lagi.. Mengaji challenge.. “

Rata-rata netizen kagum dengan kebolehan Umairah. Antara komen-komen netizen :

” Aamiin.. Tq umai. Moga Allah memberkati umai sekeluarga dan dimurahkan rezeki juga.. Tudung senget pon maintain comel.. “

” Dah la comei.. sedap pulak mngaji.. semoga mnjadi anak yg solehah ye umai… “

” Amen.. Utk anak manis pun di murahkan rezeki ,sihat dan senyum tu selalu.. “

” MasyaAllah merdunya umai @umairah_sairahtarudin mengaji.. “

” Terima kasih atas doamu wahai anak yg bijak… Aunty pun doakan @umairah_sairahtarudin sentiasa dlm peliharaan Allah SWT hendaknya… Aamiin Ya Allah Ya Rabb.. Luv uuu.. “

” Suka suara umai serak2 gittew.. Nak video umai mengaji lagi.. “

” Aamiin semoga Allah kurniakan juga buat @umairah_sairahtarudin rezeki yg banyak dan diberkati. Aunty doakan Umai sentiasa taatkan Allah dan rasul, berakhlak mulia, berjaya dunia dan akhirat. Luv U.. “

” MasyaAllah hebat anak ini… semoga dipermudahkan urusan mu Umai.. “

Alahai Umai, pakai tudung senget pun comel. Merdunya suara Umai, sama macam Mak Iti dia. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Challenge mengaji macam ini lah bagus daripada buat challenge yang bukan-bukan.

Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan Umai menjadi anak yang solehah, taat kepada suruhan Allah serta berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : IG Umairah Sairah Taruddin by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..