” MasyaAllah COMELNYA, sekejap je dah 1 week.. “

Shila Amzah Kongsi Kali Pertama Wajah Penuh Anaknya, Seth Uwais Selepas Seminggu Melahirkan. Korang Rasa Mirip Siapa ??

Penyanyi cantik ini telah pun berumahtangga dengan lelaki pilihannya bernama Haris Idraki Elias. Suaminya bekerja dalam sektor kewangan di kota London. Tanggal 31 Ogos 2019 yang lalu Shila sudah selamat melahirkan anak lelaki sulung yang diberi nama Seth Uwais Bin Haris Idraki.

Kehadiran Seth Uwais pastinya ternanti-nanti oleh mereka sekeluarga. Dengan kehadiran cahaya mata pertama ini sudah tentulah membahagiakan Shila dan suaminya. Lebih menggembirakan buat Shila apabila anaknya itu telah selamat dilahirkan pada hari mulia iaitu awal Muharam dan juga tarikh penting buat rakyat Malaysia iaitu 31 Ogos.

Terbaru, pagi ini Shila Amzah  telah memuat naik sebuah posting di alamn Instagramnya. Posting tersebut merupakan sebuah foto beliau bersama denagn anaknya Set Uwais. Shila sedang memangku dan memandang anaknya yang sedang tidur. Sudah pasti ianya momen paling indah buat yang bergelar ibu.

Meneroka laman Instagram Shila Amzah, inilah posting pertama yang menampakkan wajah anaknya Seth Uwais. Sebelum ini beliau ada memuat naik tetapi tidak terlalu kelihatan jelas. Ada yamg dikaburkan, ada yang hanya nampak separuh dan ada juga yang terlihat di bahagian kepala anaknya sahaja.

Ini bermakna selepas seminggu Shila Amzah memuatnaik wajah anak lelakinya itu dengan jelas. Wajah Seth Uwais sangat comel. Oleh kerana Seth Uwais baru berusia seminggu, masih belum jelas kelihatan anaknya itu mirip kepada ibu atau ayahnya.

Ini antara foto-foto yang dikongsikan oleh Shila Amzah di laman Instagram miliknya.

Di bawah ini adalah posting dari Shila Amzah di laman Instagramnya.

” Happy 1 week old lil sethy Alhamdulillah, semoga Seth Uwais Menjadi anak yang Soleh untuk mommy and daddyI love you @sethuwais , I love us @hariselias.. “

Rata-rata peminat Shila Amzah memuji kecomelan Seth Uwais dan mereka turut mengucapkan tahniah kepada beliau. Ini antara komen-komen mereka:

” Masyaallah comelnye.. kejap je da 1week.. “

” Wah berbahagia dah ada baby kan.. Anugerah tidak ternilai.. Tahniah.. “

” Baby pon dh nmpk handsome.. Allah.. “

” Wahh cepatnyee dah seminggu.. “

” Alhamdulillah. Congratulations to lovely Shila n ur hubby. As Salaam handsome boy.. “

” Seth.. comelnya. Subhanallah. Selamat berpantang lovely Shila.. “

” Assalamualaikum handsome boy Seth comel la.. “

” Congrats kak shaaaaa . tak sabar nak tgok muka bila dia dh bsr sikitt.. “

” Comelnya awak seth be a good boy to mommy and daddy okay.. “

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Anak kecil yang dilahirkan seumpama kain putih. Kita sebagai seorang ibu dan ayah yang akan mencorakkan cara hidup anak-anak kita. Sediakanlah sebaik pendidikan, asuhlah dengan penuh beradab, tegurlah secara berhemah supaya anak sentiasa berada dalam cara hidup yang betul. InshaAllah.

Kami di Berita Kopak mendoakan Seth Uwais terus membesar dengan sihat dan buat Shila Amzah dan suami kami mengucapkan Tahniah sekali lagi. Selamat berpant4ng untuk Shila dan jaga diri !!!

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Shahila Amzah by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..