” MasyaAllah.. Cantiknya lukisan.. “

Zulin Aziz Kongsi Videonya Melukis Mendapat Pujian Netizen. Wah, Tak Sangka Zulin Begitu Berbakat Dalam Melukis !!

Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda binti Abdul Aziz atau lebih dikenali merupakan seorang pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan penyampai radio. Beliau merupakan bekas alumni Pilih Kasih musim pertama  yang mana beliau merupakan salah seorang daripada 20 finalis.

Penampilan pertama beliau ialah melalui drama televisyen. Zulin membintangi di dalam drama Begitukah Cinta bersama Nazim Othman dan Ainul Aishah. Drama ini disiarkan di TV3 pada tahun 2011. Kemudian beliau mendapat tawaran untuk berlakon filem.

Beliau ditawarkan oleh pengarah Shamyl Othman bagi membintangi filem Rembat bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam. Filem tersebut ditayangkan pada 8 Oktober 2015. Zulin memulakan kerjaya muziknya pada tahun 2017 dengan mengeluarkan single sulungnya bertajuk “Terbiar”.

Menerusi akaun Instagram, Zulin berkongsi satu video lukisan yang dilukis olehnya. Video ini mengej0tkan para peminatnya kerana tidak menyangka Zulin mempunyai bakat dalam melukis. Hasil lukisannya itu begitu cantik sehinggakan ramai netizen meminta beliau melukis wajah mereka.

Tonton video di bawah :

” Aku tengah lukih si @emeliehanif_ tutup lampu. ko ghase #zadrawing “

Rata-rata peminat memuji hasil lukisan Zulin. Ramai tidak menyangka yang Zulin ada bakat melukis. Antara komen-komen mereka :

” Zulin ni memang berbakat… hebat orangnya.. “

” Masyallah.. cntiknye lukisan.. “

” Semua pandai dah lah lawa pandai masak pandai nyayi pandai berlakon pandai buat lawak pandai lukis hm.. ‘

” Cantik.. pandai masak.. berbakat.. “

” Wow.. Inilah insan seni sejati.. Berlakon, buat lawak, berlakon, menyanyi, melukis, memasak, mendeco.. serba serbi boleh. Untung sapa dpt zulin.. Package.. “

” Patut la make-up chantik.. pandai melukis rupanya.. “

” Pandainya zulin melukis… cantik… “

” So talented. Serba serbi boleh ni…. “

Wah, tak sangka sungguh Zulin mempunyai tangan ajaib iaitu berbakat dalam melukis. Beruntung sungguh siapa yang dapat memperisterikan Zulin. Bukan sahaja pandai menyanyi, memasak malah pandai melukis juga. Bak kata netizen ‘Complete Package’ .

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zulin Aziz by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.