MasyaAllah.. Bila Ayat Quran Dijadikan Gurauan Sebagai Username WIFI. Langsung Tak Ada Rasa Bersalah !!

Terdapat peringatan dalam agama kita yang melarang seseorang membuat suatu lawak atau gurauan dengan menggunakan ayat Al-Quran untuk membuat orang lain tertawa. Peringatannya cukup keras.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam kitabNya :

يَحْذَرُ الْمُنَافِقُونَ أَن تُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ سُورَةٌ تُنَبِّئُهُم بَمَا فِي قُلُوبِهِمْ قُلِ اسْتَهْزِءُوا إِنَّ اللهَ مُخْرِجُ مَاتَحْذَرُونَ

Orang-orang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surat yang menerangkan apa yang tersembunyi di dalam hati mereka.

Katakanlah kepada mereka : “ Teruskanlah ejekan-ejekanmu (terhadap Allah dan RasulNya) ”. Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti. [at-Taubah/9 : 64].

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللهِ وَءَايَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ

Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab : “ Sesungguhnya kami hanya bersenda-gurau dan bermain-main saja ”.

Katakanlah : “ Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya, kamu selalu berolok-olok ? ”. [at Taubah/9 : 65].

لاَتَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِن نَّعْفُ عَن طَائِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ

Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami mema’afkan segolongan dari kamu (lantaran mereka taubat), niscaya Kami akan mengadzab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa. [at- Taubah/9 : 66].

Menerusi akaun Instagram, Kosmo Online berkongsi status seorang pengguna Twitter yang memuatnaik gambar senarai username WIFI. Apa yang mengecewakan ada individu yang menggunakan ayat Al-Quran dalam Surah Al Inshirah dengan ejaan seperti gurauan.

Malah ada pula individu lain membalas entri pemilik Twitter itu dengan gurauan yang sama. Baca perkongsian di bawah :

” Apa perasaan anda apabila lihat ayat al-Quran dijadikan ‘username’ wifi ? Lagi kecewa apabila ada individu lain yang menyokong pula.. “

” Bagi admin ia tidak sepatutnya dilakukan individu tersebut. Hati-hati ya semua, jangan hendak bergurau tetapi salah cara.. “

Rata-rata netizen mengec4m tindakan individu berkenaan. Antara komen-komen netizen :

” Dak twitter semua benda nak buat gurau. kalau ditegur disuruh pegi ke facebook. narrow minded katanya.. em.. “

” Ni dah memperlekehkan ish ish… you are mocking ayat suci Al-Quran… and the most sad part from a muslim itself !!! Sh4me on u.. “

” Budak2 skrng ramai yg akal panjng tapi malangnya disalah gunakan huhuhuhu.. “‘

” Budak2 zmn skg sy trus trang ye segelintirnye biad4p dan hampir smua perkara mereka nie jadikan jenaka.. jenis tak berfikir panjang. Tk fikir kesan sesuatu perbuatan.. “

” Main2 dgn ayat2 suci Al Quran. Patutnya report kat mana2 jabatan agama islam utk mengambil tindakan terhadap beliau. Biar jadi pengajaran kepada yg lain.. “

” Jgn mempermainkan ayat quran. Berdosa nauzubillah.. “

” Kat twitter bro agama dah letak tepi… semua benda nak buat main… bila tegur kena cop acah alim la pulak… x faham aku Muslims skang adakah Islam cuma di ic.. “

Semoga kita ambil iktibar tentang perkara ini. Jangan sesekali menggunakan ayat Al-Quran sebagai gurauan seperti ini. Gunakan sebaik mungkin seperti mana kita wajib memelihara kesuciannya. Wallahualam.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kosmo Online, Almanhaj / Article by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..v