” MasyaAllah… Apa yang Juna buat?? hebatnya Juna anak soleh nii “

Video Anak Fedtri Yahya, Arjuna Bersedekah Sangat Memberi Inspirasi !!!

Ahmad Fedtri Bin Yahya merupakan seorang pengacara dan personaliti televisyen Malaysia. Beliau dikenali sebagai seorang pengacara yang sentiasa berpuitis dalam ucapanynya. Tidak hairanlah jika beliau banyak menulis lirik lagu kepada nama-nama besar seperti Dato’ Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.

Fedtri telah berkahwin dengan Nurul Ananti Ismail pada 28 Mei 2011 dan dikurniakan 3 orang anak. Terkini, Fedtri telah memuat naik sebuah rakaman video yang merakam gelagat salah seorang  anaknya iaitu Arjuna yang berumur 5 tahun.

‘Melentur buluh  biarlah dari rebungnya’. Begitulah peribahasa yang sangat sesuai bila menonton  entri halaman sosial instagram tersebut, Fedtri cuba memenuhi permintaan anaknya itu untuk bersedekah.

Momen Yang Sangat comell!!!!

Beberapa soalan yang telah diajukan oleh Fedtri kepada anaknya dalam video tersebut :

Fedtri : Arjuna nak sedekah berapa ringgit ?

Arjuna : tiga..

Fedtri : Kenapa tiga..

Arjuna : nak sedekah laaa…

Fedtri : Mana duit Arjuna ? kata nak sedekah …

Arjuna : Tak der..

Fedtri : Habis tu…

Arjuna : Nak duit daddy..

Fedtri : ( Gelak ) .. ok sekejap yer..

Untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya,

Jom tonton video di bawah :

” Pagi ini…. menunaikan permintaan Arjuna sebelum ke sekolah ….  “

Rata-rata peminat memuji kecerdikan dan kemurahan hati Arjuna dan ada juga yang mendoakan kebaikan kepada anak kecil ini.

Antara komen-komen peminat :

” Masyaallah pandainya Arjuna. Saya tengok video ceramah UAS, katanya anak2 akan perhati dan ikut apa yang ibu bapanya lakukan. Sedekah sebagai contoh. Semoga membesar dengan sihat dan cerdik Arjuna. Love youuu “

” Good boy arjuna. Moga arjuna menjadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat “

 ” Arjuna.. kecik2 dh pndai besedekah alhamdulillah ank yg cerdik ank yg pntar.. baik budi bahasa.. moga arjuna d dlm rahmat dn kasih sayang allah sll “

” Ma Shaa Allah. Alhamdulillah. Comel nya adik Juna ini… “

” MasyaAllah hebatnya juna anak soleh nii “

Alahai comel je Arjuna ni. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Arjuna membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan menjadi pembawa  ibu dan ayah ke syurga. Aamin.

Terima kasih kerana sudi membaca. Silakan SHARE..

Sumber : IG Fedtri Yahya by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.