” Masya Allah luasnya tanah tu.. Untungla Anne..”

Achey Buat Suprise Hadiahkan Isterinya Sebidang Tanah, Buat Ramai Yang Terharu.. Terbaiklah Abang Achey !!

Mohamad Nasir Bin Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara. Beliau merupakan juara Bintang Mencari Bintang  musim pertama terbitan Saluran TV3.

Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Achey telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya Nur Hassanah Binti Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne.

Pasangan suami isteri ini, seringkali berkongsi aktiviti bersama anak angkat mereka Tiara yang sangat comel. Gelagat Achey yang sudah sememangnya seorang pelawak tanah air, menjadi penghibur buat isteri dan anaknya di rumah.

Beberapa jam yang lalu, Achey telah memuat naik sebuah video berserta kapsyen ringkas di laman Instagram miliknya. Rakaman video tersebut dirakamkan di dalam sebuah kereta. Suasana agak riuh rendah, di mana Anne bersama dengan kanak-kanak yang berkemungkinan anak saudaranya.

Anne dibawa ke suatu tempat yang tidak diketahui olehnya. Terlihat dari rakaman tersebut Anne tertanya-tanya ke mana dia akan di bawa. Di dalam kereta tersebut hanya dia bersama anaknya Tiara, serta beberapa orang kanak-kanak dan dua orang dewasa lelaki dan perempuan. Suaminya Achey tidak ada bersama mereka.

Sedikit sedutan surprise untuk Anne :

Anne : Kita nak pergi mana nih ??

Anne : Dah masuk hutan nih…..

Oh.. rupanya kat sini Achey ..

Anne : Siapa tu ??? Ape ni… ape bende nihhhh

Achey : Keluar semua..keluar semua..

Anne : Kita nak main dalam panas ni ke..dalam hutan ni...

Anne : Bagitahu la ape ni ??

Achey : Tu tengoklah..

Anne : Ape ..tanah ??

Achey : ( hanya mengangguk )

Anne : Ya Allah syukur alhamdulillah.. yeayyy !!!!!

Nak tengok lagi apa yang menarik …jom tonton video di bawah ini :

( Sila KLIK simbol > di sebelah kanan untuk melihat lain-lain video surprise untuk Anne  )

” Hadiah besday dia yang selama 2 tahun di usahakan… bukan sekejap tau nak setlekan hadiah ni sebab akan datang hadiah ini yang kami gunakan bila di perlukan demi menyambung kehidupan… “

Rata-rata peminat Achey mengucapkan tahniah dan selamat hari lahir kepada Anne, selain itu ada juga yang mendoakan pasangan ini dilimpahi rezeki ole Allah.

Berikut komen-komen mereka :

” Happy birthday anne semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dicurahkan kerahmatan kebaikan dan kasih sayang dari Allah SWT “

” Inspiration brother! Semoga Allah swt berkati mung dan keluarga! Truly a man, husband and lover ! Salute ” 

” Alhamdulillah.. Happy Birthday anne.. Moga dimurahkan rezeki kalian sekeluarga.. melimpah ruah ”

” Hendaknya.. acheykintangkintung ! Happy belated borthday anne “

” Alhamdulillah.. bijak acheykintangkintung beli tanah bagi hadiah kat anneachey ” 

” Bgus acheykintangkintung .. seorg suami yg sllu igt masa depan.. Berfikiran panjang.. Antara suami contoh… Kpda anne hrgailah penat usaha suamimu.. Ianya datang seribu dalam stu.. Love u all.. Kipidap.. “

” Cedih & terharu pulak kite.. Selamat ulgthn anneachey. Semoga sentiasa dilimpahi rezki yg barokah & sentiasa dimakbulkan doa oleh-Nya. Aamiin3. “

Alhamdulillah dan Tahniah Anne kerana dapat hadiah sebidang tanah. Kami di Berita Kopak mendoakan Achey dan Anne sentiasa dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Achey by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..