” Masya Allah, dia punya intro tu dah macam feel Tilawah Al Quran.. “

Video Zulin Aziz Dan Sahabat Karibnya Belajar Mengaji, Ramai Yang Terhibur,  Jenuhla Ustazah Tu Tahan Gel4k, Asyik Buat Lawak Jer !!!

Farah Azleenda Binti Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz ialah seorang pelakon dan juga pelawak yang sangat dikenali di Malaysia. Seorang yang sangat positif dalam hidup, walaupun pernah melalui ujian berat sebelum ini.

Jika anda selalu  mengikuti laman Instagram Zulin, pasti anda tahu tentang sikap lawak yang terdapat dalam dirinya pada setiap video yang dikongsikan. Zulin mempunyai kemahiran dan bakat dalam berinteraksi banyak bahasa.

Selain itu, wataknya yang periang dan mesra bersama pengikutnya membuatkan dirinya sangat disenangi peminat. Ini membuatkan pengikutnya akan tertunggu-tunggu setiap video yang ingin Zulin kongsikan. Zulin juga gemar membuat video dubbing yang boleh membuat kita ketawa tidak kering gusi.

Terbaru, Zulin Aziz telahmemuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut memaparkan Zulin Aziz dan sahabat baiknya Leila Krisya sedang mengaji bersama seorang ustazah yang digelarnya Ustazah Hajrun Tahirun.

Menurut Zulin lagi, Leyla Krisya suka membuat lawak dan membuat ustazah ketawa dengan lawaknya itu. Apa yang menarik pada video tersebut adalah ketika giliran Leyla Krisya mengaji.

 Leyla Krisya : A’uzubillahiminasyaitonirrajim… Bismillahirrahmanirrahim..

Pada permulaan bacaan, Leyla Krisya membaca sangat kuat dengan alunan seperti berzanji. Ramai yang beranggapan Leyla Krisya akan membaca Al Quran tetapi sebaliknya Leyla Krisya hanya membaca Iqra’ Alif Ba Ta. Memang nampak bersungguh-sungguh bacaannya. Alhamdulillah.

Leyla Krisya : Alif Ba .. aa..ba..ba a ba…

Zulin sedang mengaji bersama ustazah 

Jom tonton video di bawah :

” Mari mengaji bersama ustazah Hajrun Tahirun. Adoi Leyla Krisya ni asyik buat ustazah gelak. Dah la ustazah ni sejenis redha . Love ustazah. Mari mengaji pelan2 kayuh janji kayuh. “

Rata-rata peminat Zulin Aziz terhibur dan merasakan Zulin dan sahabatnya Leila Krisya sangat beruntung dapat mengaji di hadapan Ustazah. Ini komen-komen mereka :

” Diaa punyaa introo tu dh mcm feel kat antarabangsa punyaa tilawahh dahhh. Haha adoii cutee jee “

” Beruntung sngt dpt mengaji depan ustazah, ada yg betulkan sebutan klo salah. Sangat beruntung “

” Awal sedap da.. Pertengahan die allah… Tergelak guling 2 “

” Punya sedap pembukaan.. ingtkan nak berlagu dah. Sekali alif … Alhamdulillah… saya pun masih belajar jugak  “

” Aku dah menghayati Part awal maksud Alif tuh hampir mur0ng “

” Hahahaha.. mula2 sedap je dgr cm nk msuk alif lamm mimm.,,skali alif ba ta “

Namun begitu ada juga mendokan kebaikan kepada  Zulin dan sahabatnya. Ini komen-komen mereka :

 ” Bangga tgk zulin skrg… moga terus istiqamah.. “

” Hahahahaha takpa.. slow2.. lama2 nanti pandailah.. tak perlu malu.. org yang tak bukak AL Quran langsung yang patut malu “

” Semoga mendapat ganjaran pahala drNya.. “

” Alhamdulillah terbaik. Semoga kita semua menjadi muslimah yg lbh baik.. “

” Moga dimurahkan rezeki. “

Alhamdulilah syukur kepada Allah. Kami di Berita Kopak mendoakan Zulin Aziz serta sahabat karibnya Leyla Krisya terus istiqamah dan dipermudahkan Allah dalam segala hal hendaknya. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Zulin Aziz by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..