” Masya Allah dia membebel dekat sini pulak.. “

Video Gelagat Engku Aleesya Membebel Pada Ibunya, Erra Fazira Ketika Sedang Live Buat Peminat Gel1 Hati. Dia Punya Bebel Padu Macam Mak-Mak Punya Style. Kelakar !!

Siapa tidak kenal pemilik gelaran Primadona Filem Melayu, Erra Fazira. Lakonannya yang mantap dan penuh penghayatan sering membuatkan filem yang dibintanginya mencatat rekod pec4h panggung. Erra atau nama sebenarnya Fazira binti Wan Chek dilahirkan pada tanggal 9 Februari 1974 di Sungai Choh Rawang Selangor.

Erra merupakan bekas ratu cantik Malaysia 1992. Kecantikan wajahnya sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Mula melibatkan diri di dalam dunia lakonan menerusi filem Semb1lu arahan pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam. Kutipan filem ini yang memberangsangkan menaikkan nama Erra sebagai aktress paling popular pada ketika itu.

Menyingkap sejarah kehidupan peribadinya, Erra pernah berkahwin dengan penyanyi Yusri Abdul Halim namun jodoh mereka tidak panjang. Setelah itu, Erra bertemu jodoh kali kedua dengan Engku Emran namun sayangnya hanya mampu bertahan selama 7 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya.

Menerusi akaun Instagram, Erra Fazira telah berkongsikan video di mana beliau bersama anaknya Engku Aleesya sedang berbual. Apa yang melucukan adalah gaya Aleesya membebel dan mengingatkan ibunya itu memandangkan Erra bakal sibuk di Konsert Romantika Awie.

Jom tonton video di bawah :

” Bonding time.. Sekali sekala anakanda membebel.. Layankan je laaa .. Inilah satu sayunya penghibur hati mom.. Love you very much my beautiful daughter.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Copy paste kak erra la.. Lawa.. “

” Dah macam kembar dah.. “

” Bestnya ada princess petah bercakap pulak tu.. Sweet kak erra dan aleesya.. “

” Comel la dua beranak ni… Tak macam mom era ni.. Macam kakak…. “

” Such of beautiful young lady your daughter kak erra.. “

” Besar dah anak dara ni, cantikk sangat-sangat macam ibu dia.. “

Comel je gaya Aleesya mengingatkan momnya tu. Sibuk pun tak boleh abaikan kesihatan, pesanan penaja terbaik dari Aleesya. Hehe.. Comel sangat. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Erra di dalam konsert bersama Awie nanti dan moga sentiasa berbahagia bersama anakanda tersayang.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erra Fazira by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..