” Masya Allah, ada yang menyamar jadi saya, sama ke muka dia dengan saya..”

Video  Shuib Sepahtu Menujukkan Seorang Lelaki Yang Dikatakan Seiras Dengan Wajahnya, Ramai Yang Kata Memang Sama !!! 

Shahmira bin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib merupakan bekas ahli Kumpulan Sepah yang telah menjadi Juara program realiti Raja Lawak Musim 3 pada tahun 2009 dan dan juga Maharaja Lawak pada tahun 2011.

Setelah Kumpulan Sepah berpecah, Shuib menganggotai kumpulan Sepahtu yang ditubuhkan oleh rakan baiknya, Jep Sepahtu. Di samping menjadi seorang pelawak, Shuib juga terlibat dalam bidang pengacaraan dan penyampai radio.

Shuib telah berkahwin dengan seorang penyanyi yang dikenali ramai iaitu Siti sarah Raisuddin pada 26 Februari 2011. Perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sangat comel iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Terbaru, Shuib telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Difahamkan video tersebut adalah video yang telah dihantar oleh seseorang yang dikenalinya dengan nama Kanda Khairul.

Menurut Shuib lagi, penghantar video tersebut telah memberitahunya ada seseorang yang telah menyamar menjadi dirinya dan orang tersebut telah mempromosikan madu keluaran Shuib. Shuib bertanya kepada pengikutnya bagi memastikan adakah orang tersebut menyerupai wajahnya.

Haa.. k0rang bolehla teng0k sendiri sama ke tidak yer ??

Hai saya Shuib ..Jangan lupa beli madu saya di Bee Factory …

Terbaik dari ladang !!!

He he…ada la iras jugak kan ??

Jom tengok video ‘kembar’ Shuib di bawah ini :

 ” Video dihantar oleh kanda khairul official,dia kata ada org menyamar jadi sy dan mempromote madu sy, Alhamdulillah terima kasih.Sama ke ek muka dia dgn sy??? . “

Rata-rata pengikut dan peminat Shuib mengatakan orang tersebut  memang ada iras dengan Shuib. Ini komen-komen mereka :

” Dia hensem sikit dr shuib ori “

” Ada iras2 lah “

” Hahahahaha sejibik eb “

” HAHAHAHA ni muka soeb time raja lawak “

” Wow bang syuib dah jumpa dia punya kembar laa “

” Hahahah klw rmbut pendek sikit sama “

” Alahhh pelanduk dua serupa shuib sepahtu “

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Shuib Sepahtu by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..